Friday, June 10, 2011

Tiga pun dah meriah, berempat lagilah...


( Tajuk itu merujuk kepada bilangan anak-anak aku, bukan berita perkahwinan Salleh Yaakob. )

Suka sangat tengok gambar ni. Cuma sayang gambarnya bergegar. Maklumlah guna hp aje, pastu main agak-agak, harap2 semua muat dalam screen.

Anak mama tiga orang ni pun dah nampak ramai kan?, akan datang tambah lagi sorang, sure mesti meriah lagi. Tak sangka dalam tujuh tahun usia perkahwinan mama dengan papa, alhamdulillah mama dikurniakan tiga orang cahaya mata. Insyallah akan bertambah lagi seorang buah cinta mama dan papa hujung tahun ni.

Mama tahu hana,hany dengan haddy pun tak sabar tunggu kelahiran baby baru kan?. Macam mana penerimaan kalian nanti, mama pun tak boleh agak. Tapi mama cukup yakin akan ada yang akan kecik hati, terasa tersisih, cemburu..even sekarang pun, masing-masing adakalanya berdengki nak dapatkan perhatian mama dengan papa.

Tapi itu lumrah,masalah2 macam tu juga buat mama dan papa belajar mengagihkan kasih sayang sama rata. Mudah-mudahan kalian tidak rasa mama dan papa pilih kasih.
Situasi semasa banyak buat kami belajar untuk pastikan anak-anak belajar untuk bongsi sesuatu, berlebih kurang dan sayang menyayangi antara adik beradik. Kalau pergaulan di antara adik beradik mesra, insyallah pergaulan dengan orang lain pun baik juga.

Bergaduh adik beradik perkara biasa dan mama tak tolak kerana bergaduh tu juga buat kalian lebih mesra. Sebab talian kasih tu ada dalam diri masing-masing. Gaduh sekejap pastu baik balik. Gaduh menjerit, melalak bercekau sana sini, tapi bila salah sorang tak ada, kejap-kejap tanya, mesti nampak lain sebab nak main tak ada kawan.

Biarlah semua itu berlaku sebagaimana lumrahnya kerana mama percaya sikit masa lagi, bila kalian dah besar..rumah itu akan sunyi semula...dan mama dan papa pasti akan rindu masa-masa ini.

No comments: