Friday, February 12, 2010

Lembutkan Hati..

Cara-cara untuk melembutkan hati sesiapa, terutama anak-anak yang tidak mahu mendengar kata dan nasihat ibu dan bapa.


Surah Asyura ayat 19.

Terjemahannya :-

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

1. Baca ketika di waktu tidur

- sambil membaca doa tersebut, kita minta pada Allah supaya dibuang segala sifat yang tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Lalukan tangan dari atas ke bawah.

- untuk meminta Allah berikan anak kita sifat yang baik-baik iaitu sifat-sifat mahmudah. Lalukan tangan dari bawah ke atas.

2. Jadikannya sebagai satu amalan, insyallah Allah akan memakbulkannya.

3. Yakin dengan kuasa Allah agar anak kita senantiasa mendengar pada kebaikan hendaknya. Amin.

4. Seandainya terlupa, sudah memadai membaca "Ya Latif " ulang sebanyak angka ganjil. Usap di kepala dan seterusnya kebawah.

Kita hanya berusaha, dan sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

Thursday, February 11, 2010

Hanya Tuhan Yang Tahu..

P/S :- Agak-agaknya, apa perasaan ibu dan bapa bayi ni bila lihat baby yang dia letakkan depan surau mati dan mayatnya dihurung semut?

Sedih la kan? Air mata terus jer bergenang bila tengok baby tu...
Kenapalah orang tak jumpa dia masa dia masih hidup?
Kenapa tak tinggalkan depan rumah orang?
Boleh... dijadikan anak angkat pada sesiapa yang tak punya zuriat lagi.

Putih gebu, semangat badan nya..
Teringat pula masa anak-anak aku baru lahir, macam tu laa....
Aku suka cium baby. Baby baru lahir ni, ada bau yang tersendiri..special. Suci.


Sebagai manusia biasa, tiada yang terlepas dari melakukan kesilapan.
Tetapi patutkah kesilapan itu terus dilakukan bilamana kita tahu akan akibatnya?
Akibat dunia dan akibat di akhirat.

Kenyataanya, bukan semua manusia berani menghadapi kebenaran.
Apatah lagi dengan hukuman.
Tetapi, demi kesalahan sendiri, patutkah manusia menghukum manusia yang lain?

Kesian baby tu...walau apapun, segala-galanya dengan izin tuhan yang ESA dan DIA maha mengetahui segala-galanya.

BUANG BAYI LAGI..

Apa dosa bayi perempuan ini?

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my

KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL
--------------------------------------------------------------------------------
MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Monday, February 8, 2010

Hutang..

P/S : AKU PERCAYA ADA HIKMAH DI ATAS SEGALA YANG BERLAKU. MUDAH-MUDAHAN TUHAN TERUS MEMBERIKAN AKU REZEKI.

Cerita pasal hutang ni...memang buat aku menyampah. Menjadikan aku orang yang tidak ikhlas di atas kebaikan yang cuba aku buat sebagai seorang manusia.

Masa beri pinjam tu ikhlas. Tapi bila hutang tu tak reti dibayar....mulalah aku sakit hati. Mulalah terasa betapa menyesalnya percaya pada orang yang nak meminjam tu.

Kenapa ek, selalunya orang yang memberi pinjam, tak ada muka setebal orang yang meminjam?
Orang yang memberi pinjam selalunya malu nak mintak balik duit dari orang yang meminjam. ( Itu tidak termasuk AhLong ok! ).

Cerita sedih, cerita cemas, semuanya keluar masa nak meminjam.
Bila saudara mara yang jarang-jarang jumpa dan tak pernah telephone tetiba telehone nak pinjam duit, apa yang korang rasa?

Ikhlas aku cakap...masa tu aku rasa, mesti dia tengah betul-betul susah. Kalau aku tak tolong, aku takut, besok-besok bila aku susah, tak ada pula orang nak tolong aku. Kekadang takut pula orang nak meminjam tu, sebenarnya cuma dugaan dari tuhan....so, kalau pun aku tak dapat nak beri pinjam sebagaimana yang diaorang nak, dapat bagi pijam sikit pun, hati aku dah lega.

Bila kita setuju beri pinjam...biasanya janji-janji manis akan kedengaran. Lebih kurang macam nilah...

"nanti kita bayar bulan-bulan ye"

Nak best lagi, diorang yang siap-siap tetapkan pulak nak bayar bulan-bulan berapa ringgit. Contohnya macam ni :-

" Nanti kita bayar RM 100 - RM 150 tiap-tiap bulan.
" Nanti kita bayar RM200 tiap-tiap bulan macam yang kita bayar kat Ah Long tu.

Yang beri pinjam tak tetapkan berapa pun nak bayar tiap-tiap bulan. Bagi yang memberi pinjam ni, asal kau tak lupa dan bayar hutang kau tiap-tiap bulan itu pun dah memadai. Tapi apa yang terjadi?...

HAMPEH!

Aku bukannya mintak kau langsaikan semuanya sekaligus...Kalau kau bayar RM50 sebulan pun, aku terima...at least tiga tahun, dah langsai separuh...ni tak..tiga tahun, baru 1/7 jerk? Manaaaa...lah mak tak tension nyah!? Masa kau nak pinjam, mintak pagi..lunch hour aku masukkan duit. Berpanas la aku gi jalan kaki, menyeberang jalan, bergadai nyawa ( manalah tau, ada orang nak rompak kita pulak masa nak gi transfer duit tu ) semuanya semata-mata nak tolong sedara. Bukan kesian kat kau jer..kesian kat anak bini kau sebenarnya...buatnya kau hilang kepala kerana tak bayar hutang ahlong, siapa nak bagi nak bini kau makan?

Tapi bila time nak bayar hutang...semuanya buat-buat lupa. Bertangguh dari bulan ke bulan sampailah bertahun.

Sampai masa, SENYAP MACAM BATU...

SENYAP MACAM TAK ADA APA-APA YANG BERLAKU PUN..

SENYAP TULI BISU PEKAK...BUAT-BUAT TAK TAHU.

BILA JUMPA MULALAH NAK LARI-LARI.

MULALAH TAK DATANG BILA DIUNDANG.

SEMUANYA JADI JANGGAL@!

Dalam hal ini, aku salahkan diri sendiri. Ini bukan yang pertama terjadi.
Tapi aku tetap nak memberi.
Kalau orang yang sama,
minta ampun minta maaf,

tak akan aku beri pinjam lagi...

tapi bila orang yang berbeza nak pinjam....
boleh ker aku anggap semuanya sama jerr?
Macam tak adil dan menganiaya la pulak.
Tapi kerana percaya hati manusia tu lain-lain,

makanya aku yang TERANIAYA SUDAHNYA!!

Gerrrrrrraammm sungguh laa..

Aku kan cuma bagi pinjam..bukannya beri percuma atau hadiah...

Diaorang ni tak reti ke makna PINJAM tu? Tolonglah.....PULANGKAN!.....

Jangan sampai aku mintak tolong MARIAM g kutip hutang untuk aku dah la..kang korang menyesal...

REMPIT...?

Tarikh : 7 hb Februari 2010
Lokasi : Perkarangan Giant Kinrara

Di kawasan parking luar Giant, kelihatan dua orang remaja perempuan sedang naik motosikal Yamaha RXZ. Papa pun keluarkan satu kenyataan ;-

Papa : Wah! Minah Rempit..

Hana : Ah hah lah..mat rempit kan papa..

Mama : Hana sebut-sebut rempit ni, hana tau ker REMPIT tu apa?

Hana : Hana tau..

Mama : Ok, kalau hana tau, cuba bagitau mama, REMPIT tu apa?

Hana : REMPIT tu...JAHAT!

Mama & Papa : an x pek ted..wakakakaka

Tak ada siapa yang ajar, tak pernah guna pun, perkataan tu kat rumah, cuma dengar dalam berita sekali sekala....tapi budak umur 5 tahun, dengan sendirinya mentafsirkan perkataan REMPIT itu adalah JAHAT! Fikir-fikirkan..


Friday, February 5, 2010

HIDUP SENTIASA DI DUGA..

Hidup ini penuh dengan dugaan kan?

Susah itu dugaan,
Senang itu pun sebenarnya dugaan ...
Derita itu dugaan,
Bahagia itu pun sebenarnya juga dugaan...

Yang penting,
Kita harus tabah dan kuat dalam menghadapi keperitan dan kepayahan,
sebelum kesenangan dan kebahagiaan itu menjadi milik kita...

Dan selalulah beringat ketika senang dan bahagia,
mungkin satu hari nanti ia bukan lagi kita yang punya....

Semoga kita tabah menghadapinya...

Sambungan_Hari Bersama Keluarga 2009

Tengah hari 20hb tu, kami semua pun checkout dari villa. Hari masih awal. Diaorang rancang nak gi mandi laut pulak. Almaklumlah, beli pelampung semalam, tak puas guna. So kami pun menuju lah ke Tanjung Bidara.

Nampaknya bukan anak-anak je yang nak mandi. Bapaknyer pun tak puas mandi semalam so, nak balas dendam hari ni. Hah lantak lah..



Mula-mula jer takot..


Jaga pa...

Udah-udah la tu dy...dah sampai darat dahh pun..



Kiri Kanan, Kiri Kanan...dah dah naik...

Dah biru bibir tu..

Muka tak puas hati kena naik.

Mak Uda belanja aiskerim..memang sedap..

Eh! Eh! ingatkan budak-budak jer yang makan aiskerim..bapak budak pun?

Memang sedap..

Sebenarnya, semua dapat makan aiskerim. Termasuk tukang ambik gambar.

Thursday, February 4, 2010

Hari Bersama Keluarga 2009

Program : Percutian Bersama Keluarga
Tempat : Klebang Beach Villa, Melaka.
Tarikh : 18 Disember 2009 - 20 Disember 2009

Rancangan nak bercuti bersama ni, dicadang masa hari raya puasa lagi. Ahamdulillah, mula-mula nak ke Langkawi, tapi hotel mahal sebab ada LIMA, pastu tukar nak ke Bukit Merah, ada yang tak boleh pergi pulak, akhirnya demi pastikan semua dapat sertai percutian ni, makanya kata sepakat dicapai. Akhirnya ke MELAKA lah kami semua.

Macam biasa, agenda penting masa berkumpul ialah MAKANAN dan MAKAN-MAKAN. Benda ni WAJIB. Bukan ke makanan itu mempengaruhi emosi seseorang? Perut kenyang, hati senang...

18 hb, kami sampai ke villa, hari dah nak masuk malam. Sepanjang jalan dari KL ke Melaka hujan sekejap lebat, sekejap renyai. Mak, bapak, abang long, mak teh dan mak uda dah sampai dulu.

Sampai jer, group aku terus jer buat bara. Hujan masih turun lagi. Best juga berganggang sejuk-sejuk nih.

So, agenda BBQ adalah wajib. Yang mana proses makan akan menjadi perlahan. Perlahan kerana terpaksa menunggu pakar-pakar masakan membakar ayam, udang, sotong, ikan dan sosej.

Inikah pakar masakan itu?

Sebenarnya tiada yang pakar pun...

Kerana yang anda lihat ini hanyalah cubaan memperlihatkan bakat sahaja.

See..kerana banyak lensa makanya anda boleh anggap ini hanyalah suatu lakonan belaka.

Semua yang terlibat dihadiahkan dengan bau. Bau asap ok!

Kipas, jangan tak kipas.

Dia yang teristimewa.

Ok, kan ker seronok bila ada orang yang tolong serve kan makanan...

Ramaikan?

Cikgu Nur Hana dah nak mulakan kelas..sila beri perhatian.

Layan untuk anak-anak dulu.

Lepat ubi dengan sambal garing didatangkan khas dari pahang. My MIL&FIL yang buat.
Tedap...

Ikan bakar

Ibu dan anak

GELAK!GELAK!GELAK!

WAKAKAKKAKA...HATI SAYA SANGAT2 GELI.

Papa ngan haddy

Dia pun nak tengok juga...
------------------------------------------------------------------------------------------------
19 hb, program hari kedua, kami ke Afamosa Water World. Dalam perjalanan nak kesini, hujan masih jua turun. Sedih juga, kalau lebat sangat takut anak-anak tak boleh nak main air nanti.


Tengah tunggu Pak Uda g beli tiket. Dewasa RM 40 Kanak2 RM 28 makanan ( nasi ayam & nasi berlaukan rendang ayam ) dan minuman disediakan.

Papa tengah cari pot, anak-anak dah tak sabar nak mandi.



Berjaya juga aku seludup masuk bihun goreng sarapan pagi tadi nyer. Tau dahh anak-anak kalau lepas mandi mesti lapar giler. Tunggu makanan lama sangat, so jom kita makan dulu.

Hany..

Biru birat bibir anak bujang aku.

kalau pasal bergambar...

Papa ngan haddy

gigilllll...

Mak ngan bapak terpaksa duduk jer lah, nak jalan-jalan, hujan.

Berteduh seketika.

Disebabkab hujan lebat sangat, aku tak beri anak-anak main air lagi. Salinkan baju, buatkan susu panas, apalagi....

Atas pelampung pun boleh lena....
Sebelah malamnya pula, sambung agenda makan-makan. Steamboat lah pulak...

BBQ sambung lagi...

Nyum..nyum..drumstick...


Bujang ni macam hana, suka bergambar.