Monday, February 8, 2010

Hutang..

P/S : AKU PERCAYA ADA HIKMAH DI ATAS SEGALA YANG BERLAKU. MUDAH-MUDAHAN TUHAN TERUS MEMBERIKAN AKU REZEKI.

Cerita pasal hutang ni...memang buat aku menyampah. Menjadikan aku orang yang tidak ikhlas di atas kebaikan yang cuba aku buat sebagai seorang manusia.

Masa beri pinjam tu ikhlas. Tapi bila hutang tu tak reti dibayar....mulalah aku sakit hati. Mulalah terasa betapa menyesalnya percaya pada orang yang nak meminjam tu.

Kenapa ek, selalunya orang yang memberi pinjam, tak ada muka setebal orang yang meminjam?
Orang yang memberi pinjam selalunya malu nak mintak balik duit dari orang yang meminjam. ( Itu tidak termasuk AhLong ok! ).

Cerita sedih, cerita cemas, semuanya keluar masa nak meminjam.
Bila saudara mara yang jarang-jarang jumpa dan tak pernah telephone tetiba telehone nak pinjam duit, apa yang korang rasa?

Ikhlas aku cakap...masa tu aku rasa, mesti dia tengah betul-betul susah. Kalau aku tak tolong, aku takut, besok-besok bila aku susah, tak ada pula orang nak tolong aku. Kekadang takut pula orang nak meminjam tu, sebenarnya cuma dugaan dari tuhan....so, kalau pun aku tak dapat nak beri pinjam sebagaimana yang diaorang nak, dapat bagi pijam sikit pun, hati aku dah lega.

Bila kita setuju beri pinjam...biasanya janji-janji manis akan kedengaran. Lebih kurang macam nilah...

"nanti kita bayar bulan-bulan ye"

Nak best lagi, diorang yang siap-siap tetapkan pulak nak bayar bulan-bulan berapa ringgit. Contohnya macam ni :-

" Nanti kita bayar RM 100 - RM 150 tiap-tiap bulan.
" Nanti kita bayar RM200 tiap-tiap bulan macam yang kita bayar kat Ah Long tu.

Yang beri pinjam tak tetapkan berapa pun nak bayar tiap-tiap bulan. Bagi yang memberi pinjam ni, asal kau tak lupa dan bayar hutang kau tiap-tiap bulan itu pun dah memadai. Tapi apa yang terjadi?...

HAMPEH!

Aku bukannya mintak kau langsaikan semuanya sekaligus...Kalau kau bayar RM50 sebulan pun, aku terima...at least tiga tahun, dah langsai separuh...ni tak..tiga tahun, baru 1/7 jerk? Manaaaa...lah mak tak tension nyah!? Masa kau nak pinjam, mintak pagi..lunch hour aku masukkan duit. Berpanas la aku gi jalan kaki, menyeberang jalan, bergadai nyawa ( manalah tau, ada orang nak rompak kita pulak masa nak gi transfer duit tu ) semuanya semata-mata nak tolong sedara. Bukan kesian kat kau jer..kesian kat anak bini kau sebenarnya...buatnya kau hilang kepala kerana tak bayar hutang ahlong, siapa nak bagi nak bini kau makan?

Tapi bila time nak bayar hutang...semuanya buat-buat lupa. Bertangguh dari bulan ke bulan sampailah bertahun.

Sampai masa, SENYAP MACAM BATU...

SENYAP MACAM TAK ADA APA-APA YANG BERLAKU PUN..

SENYAP TULI BISU PEKAK...BUAT-BUAT TAK TAHU.

BILA JUMPA MULALAH NAK LARI-LARI.

MULALAH TAK DATANG BILA DIUNDANG.

SEMUANYA JADI JANGGAL@!

Dalam hal ini, aku salahkan diri sendiri. Ini bukan yang pertama terjadi.
Tapi aku tetap nak memberi.
Kalau orang yang sama,
minta ampun minta maaf,

tak akan aku beri pinjam lagi...

tapi bila orang yang berbeza nak pinjam....
boleh ker aku anggap semuanya sama jerr?
Macam tak adil dan menganiaya la pulak.
Tapi kerana percaya hati manusia tu lain-lain,

makanya aku yang TERANIAYA SUDAHNYA!!

Gerrrrrrraammm sungguh laa..

Aku kan cuma bagi pinjam..bukannya beri percuma atau hadiah...

Diaorang ni tak reti ke makna PINJAM tu? Tolonglah.....PULANGKAN!.....

Jangan sampai aku mintak tolong MARIAM g kutip hutang untuk aku dah la..kang korang menyesal...

1 comment:

Unknown said...

bab hutang memang sakit hati......mcm aku dgn adik sendir.....hutang dah beribu.....ni kena settlekan htg dia pulak 30,550.00( kalau tak aku muflis ...kena buang keja),,,,,,,ni yang malas jadi penjamin