Thursday, February 4, 2010

Hari Bersama Keluarga 2009

Program : Percutian Bersama Keluarga
Tempat : Klebang Beach Villa, Melaka.
Tarikh : 18 Disember 2009 - 20 Disember 2009

Rancangan nak bercuti bersama ni, dicadang masa hari raya puasa lagi. Ahamdulillah, mula-mula nak ke Langkawi, tapi hotel mahal sebab ada LIMA, pastu tukar nak ke Bukit Merah, ada yang tak boleh pergi pulak, akhirnya demi pastikan semua dapat sertai percutian ni, makanya kata sepakat dicapai. Akhirnya ke MELAKA lah kami semua.

Macam biasa, agenda penting masa berkumpul ialah MAKANAN dan MAKAN-MAKAN. Benda ni WAJIB. Bukan ke makanan itu mempengaruhi emosi seseorang? Perut kenyang, hati senang...

18 hb, kami sampai ke villa, hari dah nak masuk malam. Sepanjang jalan dari KL ke Melaka hujan sekejap lebat, sekejap renyai. Mak, bapak, abang long, mak teh dan mak uda dah sampai dulu.

Sampai jer, group aku terus jer buat bara. Hujan masih turun lagi. Best juga berganggang sejuk-sejuk nih.

So, agenda BBQ adalah wajib. Yang mana proses makan akan menjadi perlahan. Perlahan kerana terpaksa menunggu pakar-pakar masakan membakar ayam, udang, sotong, ikan dan sosej.

Inikah pakar masakan itu?

Sebenarnya tiada yang pakar pun...

Kerana yang anda lihat ini hanyalah cubaan memperlihatkan bakat sahaja.

See..kerana banyak lensa makanya anda boleh anggap ini hanyalah suatu lakonan belaka.

Semua yang terlibat dihadiahkan dengan bau. Bau asap ok!

Kipas, jangan tak kipas.

Dia yang teristimewa.

Ok, kan ker seronok bila ada orang yang tolong serve kan makanan...

Ramaikan?

Cikgu Nur Hana dah nak mulakan kelas..sila beri perhatian.

Layan untuk anak-anak dulu.

Lepat ubi dengan sambal garing didatangkan khas dari pahang. My MIL&FIL yang buat.
Tedap...

Ikan bakar

Ibu dan anak

GELAK!GELAK!GELAK!

WAKAKAKKAKA...HATI SAYA SANGAT2 GELI.

Papa ngan haddy

Dia pun nak tengok juga...
------------------------------------------------------------------------------------------------
19 hb, program hari kedua, kami ke Afamosa Water World. Dalam perjalanan nak kesini, hujan masih jua turun. Sedih juga, kalau lebat sangat takut anak-anak tak boleh nak main air nanti.


Tengah tunggu Pak Uda g beli tiket. Dewasa RM 40 Kanak2 RM 28 makanan ( nasi ayam & nasi berlaukan rendang ayam ) dan minuman disediakan.

Papa tengah cari pot, anak-anak dah tak sabar nak mandi.



Berjaya juga aku seludup masuk bihun goreng sarapan pagi tadi nyer. Tau dahh anak-anak kalau lepas mandi mesti lapar giler. Tunggu makanan lama sangat, so jom kita makan dulu.

Hany..

Biru birat bibir anak bujang aku.

kalau pasal bergambar...

Papa ngan haddy

gigilllll...

Mak ngan bapak terpaksa duduk jer lah, nak jalan-jalan, hujan.

Berteduh seketika.

Disebabkab hujan lebat sangat, aku tak beri anak-anak main air lagi. Salinkan baju, buatkan susu panas, apalagi....

Atas pelampung pun boleh lena....
Sebelah malamnya pula, sambung agenda makan-makan. Steamboat lah pulak...

BBQ sambung lagi...

Nyum..nyum..drumstick...


Bujang ni macam hana, suka bergambar.

No comments: