Friday, February 12, 2010

Lembutkan Hati..

Cara-cara untuk melembutkan hati sesiapa, terutama anak-anak yang tidak mahu mendengar kata dan nasihat ibu dan bapa.


Surah Asyura ayat 19.

Terjemahannya :-

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

1. Baca ketika di waktu tidur

- sambil membaca doa tersebut, kita minta pada Allah supaya dibuang segala sifat yang tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Lalukan tangan dari atas ke bawah.

- untuk meminta Allah berikan anak kita sifat yang baik-baik iaitu sifat-sifat mahmudah. Lalukan tangan dari bawah ke atas.

2. Jadikannya sebagai satu amalan, insyallah Allah akan memakbulkannya.

3. Yakin dengan kuasa Allah agar anak kita senantiasa mendengar pada kebaikan hendaknya. Amin.

4. Seandainya terlupa, sudah memadai membaca "Ya Latif " ulang sebanyak angka ganjil. Usap di kepala dan seterusnya kebawah.

Kita hanya berusaha, dan sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

No comments: