Tuesday, July 19, 2011

under construction

Alhamdulillah...akhirnya apa yang dah lama dirancang terlaksana juga akhirnya. Perancangan nak renovate rumah dari tahun lepas akhirnya bermula juga Julai hari tu. Projek tak mula-mula buat aku risau duit yang diketepikan untuk renovation takut terguna. Lagi pulak dah hampir nak puasa. Niat sebenarnya, raya nanti bila saudara-mara atau kawan-kawan datang bertandang, tak adalah malu sangat dengan keadaan bilik air yang terlalu kecil dan sempit dan lokasi bilik air yang sangat2 tidak sesuai.

Sepanjang tempoh pengubahsuaian berlangsung, aku hanya ada ruang di bilik utama sahaja. Semua aktiviti berlaku disitu. Kasut/selipar pun kami pakai sampai depan bilik tidur.Hana pun cakap " kita macam duduk kat hotel kan ma?" Apa tak nyer..semuanya buat dalam bilik. Keadaan rumah tak yah cakaplah...memang serik giler...dengan habuk dan debu simen. Anak-anak pun kami hantar balik kampung disebabkan persekitaran yang sungguh-sungguh tidak sihat.Rutin hidup pun berubah menjadi tersangat membosankan.Balik dari kerja, ambik anak-anak. Sampai saja di rumah terus masuk bilik. Nasib baik ada lappy, boleh ar anak2 tgk movie yang dah di download...kalau tak tgk movie, main game..

Sepanjang tempoh renovation, kami makan nasi bungkus. Dapur memang tidak menyala langsung. Dua minggu juga kami tak tengok tv. Semua kerana piring astro kami dicabut.

Dua minggu yang sangat teruk...

Bahagian hadapan.Pandangan hadapan.

Bahagian hadapan. Pandangan dari dalam.

Dapur @ ruang makan.


Dapur ruang memasak dan bilik air baru.

Setor baru.

Bilik air baru.

Lantai dapur yang diganti.

Keadaan ruang tamu.

Sofa yang dipenuhi habuk dan debu..

Melihatkan keadaan ni, aku sudah cukup letih memikirkan...tempoh mengemasnya pula nanti...korang boleh bayangkan?

No comments: