Monday, April 11, 2011

Cuaca sekarang

Sekarang cuaca tak menentu. Pagi pun cepat sungguh terangnya.. Panas, panas, tetiba hujan... Biasanya pukul 4 petang sampailah pukul 5 petang. Time puncak tu..time orang balik kerja. Biasanya time hujan lebat, jalan tak berapa jam ( aku dah cuba balik time ni ). Tapi teramatlah bahayanya...jalan licin dan penglihatan adalah amat-amat terhad. Tapi, kalau tunggu hujan reda baru nak balik... Alamatnya..

3 jam kemudianlah baru aku sampai rumah.

Friday, April 8, 2011

To : Suzana @ Jana

Tahniah buat Suzana yang dah pun ada blog sendiri. Akhirnya impian dah pun jadi kenyataan.

Orang akui, best cam mana pun FB tu, tetap tak sama dengan Blog. Rasa tak perbezaannya? Blog ni dah macam diary. Bila tgk balik catatan yang sudah-sudah, memang layan...tak sama cam FB. Luahan hati dari mula sampai habis boleh cerita dalam blog nih, pastu tak yah risau org baca ker, tak baca ker...sebab kita buat semua ni untuk kepuasan sendiri.

Cuma satu jer lah...kadang-kadang tu masa yang tak mengizinkan. Sebab bila nak cerita dari mula sampai habis, bukan boleh sekejap..feeling nak kena ada baru best, baru tepat dgn apa yang nak kita sampaikan.

So, Jana...pasni boleh lah kita kongsi tip-tip nak kuruskan badan eh! Orang mengandung kali ni berat naik melampau-lampau...pasni tak tau lah boleh turun balik ke tak...kalau ada resepi yang best-best pun jangan lupa publish kay!


Ok lah, selamat berblog dan semoga berjaya memerangi lemak dan kegemukan...

P/s : try nak concentrate semula dengan blog.

Wednesday, April 6, 2011

Ayam Goreng Pandan

Sabtu lepas, dok termenung ngadap isi ayam (dada). Tak tau nak masak apa. Family aku ni dari aku, en.middy sampai ke anak, tak layan isi ayam ni. Semua suka yang melekat dengan tulang. Pikir punya pikir, tetiba teringat ayam goreng pandan masa ada jamuan makan di restoran Chiangmai Sungai Buloh tahun lepas. Try je lah ramuannya...dah gulung dengan pandan tu kang, jadi lah ayam goreng pandan.


Ini resepi ayam goreng pandan versi aku lah ye!


Bahan A.


Dada/isi ayam dihiris halus/nipis.

Di gaul dengan garam, kunyit dan sedikit gula pasir.


Bahan B ( ditumbuk / diblender )


Ketumbar

Jintan Putih

Lada Hitam

Bawang putih

Halia

( Sorry lah..aku ni masak main agak2 jer..tak ada sukatan tetap )


Gaulkan Bahan A dan Bahan B sehingga anda rasa semuanya dah sebati.

Kemudian perap sekejap.

Ikat ayam dengan daun pandan dan bolehlah mula menggoreng. Baunya semerbak satu rumah. Tak caya cer cuba.

Monday, April 4, 2011

Hadiah

Tetiba terfikir nak cerita pasal benda alah ni "hadiah". Memang trend nak g majlis kawin mesti nak bawak hadiah ( bukan semua ar..kebayakkan ). Tapi hadiah nya apa ek?

Aku rasa benda ni memanglah ikut kemampuan, tapi rasanya kena jadi bijak juga...jangan janji ada je..Aku rasa hadiah paling popular, paling digemari pemberi hadiah tetapi tidak pada pengantin adalah set pinggan dan set cawan yang harganya 29.90, 19.90.... Pemberi biasanya akan rujuk buget, pastu saiz.

Haloo...zaman sekarang ni dah banyak kay barang yang murah tapi praktikal. Alang-alang nak bagi set pinggan mangkuk, berilah yang betul2, yang complete baru lah nampak betul-betul nak bagi hadiah. Barulah pengantin ingat siapa yang bagi..Tapi biasanya yang bagi hadiah cam ni, tak letak nama pun...ni bukannya demand tapi cam frust bila orang tak mau ubah something yang aku kira ok.

Kita kalau nak bagi hadiah, first sekali letak diri kita sebagi penerima hadiah. Tanya diri sendiri "happy ke kalau aku dapat hadiah ni"? Pastu pikir ar sikit, agak-agak rumah dia dah ada ke belum benda ni? Setakat pinggan ngan cawan yang kau pun tak pikir nak beli utk kegunaan sendiri , lebih baik cari benda lain. Tak pun sumbang duit jer..tak da sapa nak marah kalau tak bawak hadiah pun..


Ni apa yang aku rasa ok selain cawan dan pinggan yang boleh diberi sebagai hadiah..

1. Kain pasang
2. Frame ( gambar,ayat suci, lukisan )
3. Cadar/ Selimut / Tuala ( cari ar yang unik sikit )
4. Album gambar
5. Seramik /Pasu
6. Bekas plastik serbaguna ( kalau tupperware tu mahal sangat, tapi skrg banyak dah benda yang serupa dan harganya lebih murah.)
7. Bantal/kusyen
8. Tunku elektrik ( leh guna masa pantang sok..sok..)
9. Kain alas meja / Table runner
10. Kalau berkemampuan, barang elektrik la. Tak der lagi yang tak suke bila dapat kelengkapan tu.

Cerita Aku di Majlis Kahwin Adik

Cuti yang diambil masa hany demam terus bertembung dengan cuti yang aku apply untuk majlis perkahwinan adik bongsu aku. Maknanya lapan hari semuanya cuti yang aku ambik. Mentang-mentanglah cuti tahun ni banyak...


Adik bongsu aku selamat dinikahkan pada 26 hb Mac 2011. Tiga hari sebelumnya rumah mak dah penuh sesak dengan barang-barang majlis. Paling tak larat aku nak tgk, goodies untuk tetamu. Kalau satu beg ada dua barang, untuk seribu orang, ce kira dah jadi berapa? Nasib baik puteries dan putra ku boleh diharap. Tu lum lagi nak ikat bunga telur utk empat pahar, bunga telur masin dua pahar, potong bunga rampai lagi. . Memang kerja duduk, tapi sakit pinggang derr...lagi la perut dah ada isi ni, lain mcm sikit rasanya. Apa-apa pun syukur alhamdulillah semangat gotong royong masih tebal lagi di kalangan jiran tetangga. Kalau yang tak dapat datang pun, aku sekeluarga maklum, tiga hari sebelum majlis hari tu hari bekerja.


Majlis pernikahan hari Jumaat, sebelum tu ada bacaan yasin dan tahlil mengingati yang telah tiada. Lafaz akad yang terucap dari adik ipar aku, menyempurnkan tujuan majlis. Tahniah buat adik tersayang, akhirnya satu lagi pencapaian dalam hidup engkau kecapi, ingatlah bahawa ini bukan pengakhiran tetapi sebenarnya satu permulaan. Semoga berjaya mengharungi segala ombak badai yang sebenarnya itulah kehidupan.


Sebelah malam, majlis berzanji pula dan selepas itu majlis bersanding atau orang panggil berinai besar. Memang meriah dengan paluan kompang yang diubah dengan lagu-lagu terkini. Al maklumlah, abang sendiri yang punya kumpulan, so dapat dengar banyak lagu. Memang syok giler...Belah malam pun orang dah dijamu dengan makan malam. Ramai juga tetamu yang datang. Aku dah keletihan dan akhirnya tertidur.


Besoknya majlis besar berlangsung, pukul 7 pagi aku dah kuar rumah dengan kakak ipar g pasar mencari bahan untuk makanan berdamai pengantin. Malas nak pikir menu macam-macam. Akhirnya kata sepakat dicapai, Bawal masak tiga rasa, sayur campur dan udang goreng bersama telur puyuh menjadi pilihan.


Jam 9 pagi majlis berendoi meraikan baby ( anak sepupu ) yang baru dua bulan berlangsung. Time tu aku masih berlemuih lagi kat dapur memasak. Tak cara orang kat luar pun. Tetiba my sayang masuk ikut pintu dapur dengan satu jug berisi cendol...ermmm i love u lah yang, memang best cendol tu, hilang penat jap. Tepat jam 12 tengah hari semuanya siap. Termasuklah aku lengkap mandi dan berpakaian. 12.30 pengantin sampai.


Aku pun duduk depan dengan tetamu dan saudara mara yang lain.Memang ramai, sampai aku pun dah konfius yang mana jiran, yang mana sedara dan terima kasih nak ucap kat kawan-kawan yang datang pada hari tu. Aku jemput yang dekat-dekat je...minta maaflah kalau layanan kurang memuaskan.


Majlis tak selesai lagi tapi badan aku dah tak boleh tahan lagi, tetiba rasa cam nak hang dan shut down. Aku tak cukup tidur tiga hari tu, dan badan pun macam paham-paham jer yang majlis dah selesai, tinggal part orang lain pulak.

Bangun dari tidur, badan sakit-sakit dan pinggul hingga ke kaki sebelah kanan aku sakit yang teramat sangat. Mak ajak berurut. Walaupun sekejap dan ditempat yang sakit sahaja, aku tabik ar kat tukang urut tu..dia memang pandai urut. Dia kata, semua tu kesan aku angkat benda berat, berdiri dan duduk terlalu lama. Peranakan aku turun sedikit dan menyelit sebelah kanan. So lepas dia betulkan, baru aku boleh bergerak macam biasa. Syukur Alhamdulillah, kesan dari urut tu, aku dapat serta merta, cuma belah malam tu, bekas tangan tukang urut tu terasa dan agak sakit sikit. Tapi tak apalah yang penting aku dah ok.


Ahad malam aku balik ke Puncak Jalil.

Friday, April 1, 2011

Cacar Air/ Chicken pox.

Bulan lepas juga Hady diserang cacar air. Terpaksa aku ambik cuti. Nursery tak nak ambik sebab takut budak lain kena pulak. ( Aku pun faham..) Dia tak meragam tapi tabiat nak menggaru tu yang aku tak leh nak kawal. Nak cakap macam mana? Budak...orang tua yang kena penyakit tu pun belum tentu boleh tahan gatal. 4 hari aku bercuti, balik kampung ar....best juga. Kalau kat rumah alamatnya....memang tak rehat lah aku...


Lepas seminggu lebih masuk kerja, Hany pulak terkena jangkitan cacar air tu..Adussss...cuti lagi..kerja banyak tu kat opis...payment untuk kontraktor baru 80% siap..sian juga kat diaorang, bayaran yang patutnya diaorang dapat bulan 2 tak dapat2 lagi...tapi nak buat cam ner, bukan kami yang tak moh bayar...tapi waran dari hq yang tak sampai-sampai. Last2 minta staff lain sambungkan kerja aku tu. Thanks friends.


Cacar air yang hany kena tak besar2 macam hady. Tapi dia terus lemah akibat muntah, muntah dan muntah. Bawak g jumpa doktor, doktor yang jual ubat tu cuma bagi ubat muntah, selsema dan demam as usual lah kan. Bosan je, kadang2 aku dah boleh agak dah doktor tu nak bagi ubat apa.


Empat hari satu benda pun tak boleh masuk. Minum air, air yang keluar, makan nasi, nasi juga yang keluar sampailah terlantar. Bercakap pun malas. Bibir kering. Air dalam badan kehabisan.


Akhirnya aku bawak g klinik pakar kanak-kanak. Mulanya keberatan juga nak pergi sebab tau kos nya mahal tapi demi anak apalah nilai duit berbanding nak tgk dia menakalkan dirinya semula.


Doktor ni memang pakar. Aku puas hati. Kali ni ubat yang penting2 semuanya masuk ikut bontot. ( logik la kan...dah tentu tekak budak tu tak leh terima apa-apa, so jalan terbaik ikut bawah lah kan?) . Alhamdulillah walaupun demam tu asyik berulang-ulang, tapi hany dah boleh terima air. Dan air yang berjaya buat dia tak muntah, adalah VITAGEN.


Aku lega bila dia dah boleh menyusu, walaupun sikit-sikit. Syukur Alhamdulillah.

Syukur.

1 April dah hari ni. 2 bulan lepas bulan yang teramat sibuk. Sibuk siapkan dokumen tender dari mula sampailah akhir. Stress tak payah cakap ar...tapi di gagahkan juga. Bila habis je kerja..mula lah badan rasa nak demam. Baru rasa badan semuanya sakit-sakit. Baru teringat perut ni ada isi. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi kekuatan.