Friday, May 27, 2011

“KUALITI LEBIH PENTING DARI KUANTITI” WUEKKKS@#&**

Sangat-sangat MELUAT bila dengar statement “Kualiti lebih penting dari Kuantiti” lebih-lebih lagi bila merujuk kepada bilangan ANAK.

Bukanlah nak tunjuk yang aku baru makan cili… tapi jaga-jaga sikit bila bercakap. Anak tu mahluk tuhan yang hidup, bukannya barang atau benda yang kau boleh set-up fungsinya atau boleh tetapkan standardnya. Apa saja yang kau usahakan untuk si anak, akhirnya bergantung pada penerimaan anak itu sendiri. Sebagai ibu dan bapa yang melahirkannya ke dunia ini, membesarkan dan mendidik itu dah memang tanggungjawab kita. Kalau mung hebak sangat, cer citer lah kualiti mcm mana yang kau dah set-up kan pada si anak kau tu?

Nak tunggu budak tu sampai standarad yang macam mana baru kau rasa kau boleh keluarkan produk yang baru?

Kekadang rasa, baguih sangat ker anak ko tu? Ker kau jer yang melebih-lebih?

Kalau kau nak tau,
Aku seronok ada ramai anak. Memang target nak lebih dari tiga orang. Lagipun aku rasa dari segi ekonomi aku mampu dan aku percaya sangat bahawa anak yang dilahirkan itu ada membawa rezeki masing-masing. Jarak kelahiran yang tak begitu jauhhhhhh sebenarnya memeriahkan suasana dan anak-anak belajar berkongsi dan berkawan. Baik berkawan dengan adik beradik mahupun dengan kanak-kanak lain.

Setiap sorang anak akan beri pengalaman yang berbeza, dari saat dilahirkan dan sepanjang tempoh membesar, kerana setiap sorang anak lahir dengan identiti dan karekter yang tersendiri. Ada yang dengar cakap, ada yang nak kita dengar cakap dia, ada yang boleh tolak ansur, ada yang keras hati, ada yang terlebih berdikari, ada yang manja terlebih, macam-macam. Kan seronok tu?

Memanglah seronok! Nak-nak bila dapat tengok anak-anak meniarap sambil mewarna, meniarap kyusuk depan laptop layan cerita CUN Luna Latisya dgn Atan tunggang kerbau, kongsi semangkuk mushroom soup sementara tunggu aku masak untuk makan malam, menyusu ( botol) sama-sama sambil tengok pororo atau dibo diboding boding.

Tak yah cerita yang tak best, yang tak best tu tetap ada, walaupun anak ko sorang. Bukan semua benda indah dan bukan semuanya tak best. Terpulang cara kau nak handle.

Aku memang tak mampu nak hantar anak aku pergi belajar kat SMART READER atau Q-DEEs ker atau yang lain-lain yang sepopular itu. Tapi aku tak pulak sampai tak hantar anak aku untuk dapatkan pendidikan awal. Atleast peringkat umur anak aku sekarang, aku rasa dia dah pun dapat apa yang dia berhak dapat. Walaupun aku tak mampu nak pakaikan dia dengan pakaian yang berjenama tapi tak pulak sampai anak aku tak berbaju. Baju pasar malam pun, orait aper? Aku belum ada masalah lagi kalau pasal tu.

Anak sorang lain cara didiknya, bila ramai anak pulak, tak leh lah nak sama cam didik anak sorang. Kasih sayang pun nak kena bagi sama rata. Bagi sama rata kat sini, bukannya sorang dapat sikit, tapi dapat sama banyak. Sebab kasih sayang antara ibu bapa dgn anak tu bukan boleh diukur-ukur.

Bila anak sorang, dialah buah hati pengarang jantung ibu dan ayah, ku tatang hatimu bagai minyak yang penuh, dikaulah intan payung mama dan papa bla..bla..bla… manjang berkepit dengan emak, semuanya emak yang sediakan, sampai nak marah anak pun tak berani, takut anak merajuk, per bende tuh? Tak beshhh langsong!

Aku bukan nak tunjuk bahawa aku sangat pandai besarkan anak. Sebab mcm yang aku cakap tadi, apa-apa pun perkara yang terbaik kau dah buat untuk besarkan anak, akhirnya engkau hanya boleh berdoa dan berserah pada Allah semoga anak itu nanti akan menjadi seorang yang berguna kepada diri sendiri, masyarakat serta taat pada Allah dan ibu bapanya.

So, bila nak cakap apa-apa tu, jagalah sikit hati kawan…pikir dulu sebelum cakap bukan cakap ikut sedap rasa jer…silap besar ar nak buat statement cam tu depan aku? Anak aku ramai seh!.. Statement kau tu, buat aku rasa yang kau macam nak kata anak-anak aku tak der kualiti pulak! Ker kau lupa aku ramai anak?

Anyway aku maafkan kau..mungkin kau tak sengaja atau ada benda lain yang kau nak cover masa kau buat statement tu. Tapi itulah, secara tak sengaja juga engkau dah buat orang dok tunggu sok besar anak kau tu jadi apa? Semoga dia tidak mengecewakan. Mudah-mudahan. Amin!

No comments: