Tuesday, May 25, 2010

Tiara Beach Resort, Port Dickson.

Balik dari Bandung hari Jumaat 21 hb May 2010.
Besoknya kami ada jemputan kawin kat Taman Mantau Seremban.
Planningnya pagi, ambik anak-anak kat rumah mak, lepas tu terus pergi kenduri.
Tengah siap-siapkan baju, en. middy ajak tidur PD.

Nak bawak anak-anak mandi kolam katanya. Takkan mamanya jer yang nak bercuti...anak-anak pun, nak seronok juga kan?
So, lepas kenduri, kami terus menuju ke PD. Kalau nak releks dengan anak-anak, mana lagi?...Tiara Beach Resort lah.. Kolam untuk orang dewasa dan kanak-kanak complete..tak yah pening-pening nak jaga diaorang..










div>
Singgah makan aiskrim kat Teluk Kemang..

Actually kami bawa sekali mak dan bapak mertuaku serta adik ipar...
Sekali-sekala ajak diaorang releks...

Monday, May 24, 2010

Bandung


Hari ni genap dua bulan blog ni tak berusik ...
usik la kejap...kesian pulak,
blog dah nak bersawang...

Baru balik dari bercuti.
Pergi Bandung. Tiket beli bulan Januari hari tu..hari terbangnya 19 May 2010.


Pergi dengan officemate. Berempat. Semuanya yang udah jadi ibu-ibu...
engak ada yang dara lagi..
Seronok memang seronok...
maklumlah misi kesana semata-mata untuk bersoping...
siapa tak siokkan?

Tak banyak ambik gambar..maklumlah masa bersoping, kami berempat semuanya berpecah..jalan sendiri-sendiri..masing-masing ada agenda dan barang yang nak dibeli ikut selera dan kemampuan sendiri.



Kalau ada gambar pun..dalam ipod kak zila..gambar masa makan malam di restaurant sunda..
dia lum share lagi, nanti dah share, aku upload dalam blog ni..

Syok juga bersoping kat sana..
siok bila convert duit sana ke duit kita...nilainya jadi kecik jerr...

Bukan semua barang kat sana murah..
Barang murah, kualitinya pun murah..

Tapi tak dinafikan, ada juga barang yang kualitinya bagus, dapat dibeli dengan harga yang murah. Macam kain pasang, telekung, barang kulit dan jeans.



Apa-apa pun, ni pengalaman pertama aku jejakkkan kaki kat bumi Bandung..
Pandangan pertama...semuanya aku nak tengok..
Lepas ni, insyallah boleh pergi lagi...
Kalau pergi lagi...
aku nak gi dengan menteri kewangannya sekali ,
senang sikit nak lulus bajet..wahuahuahua..


Nak minta maaf kat officemate, sebab tak beli apa-apa pun untuk korang...first time pergi, rasanya elok kalau aku pikir untuk diri sendiri dulu..manalah tau ini lah trip pertama dan terakhir aku...lagi pulak, bekalan kewanganya pun tak banyak...

tapi kalau ada rezeki dapat pergi lagi, insyallah....kalian tidak aku lupakan..