Monday, April 4, 2011

Hadiah

Tetiba terfikir nak cerita pasal benda alah ni "hadiah". Memang trend nak g majlis kawin mesti nak bawak hadiah ( bukan semua ar..kebayakkan ). Tapi hadiah nya apa ek?

Aku rasa benda ni memanglah ikut kemampuan, tapi rasanya kena jadi bijak juga...jangan janji ada je..Aku rasa hadiah paling popular, paling digemari pemberi hadiah tetapi tidak pada pengantin adalah set pinggan dan set cawan yang harganya 29.90, 19.90.... Pemberi biasanya akan rujuk buget, pastu saiz.

Haloo...zaman sekarang ni dah banyak kay barang yang murah tapi praktikal. Alang-alang nak bagi set pinggan mangkuk, berilah yang betul2, yang complete baru lah nampak betul-betul nak bagi hadiah. Barulah pengantin ingat siapa yang bagi..Tapi biasanya yang bagi hadiah cam ni, tak letak nama pun...ni bukannya demand tapi cam frust bila orang tak mau ubah something yang aku kira ok.

Kita kalau nak bagi hadiah, first sekali letak diri kita sebagi penerima hadiah. Tanya diri sendiri "happy ke kalau aku dapat hadiah ni"? Pastu pikir ar sikit, agak-agak rumah dia dah ada ke belum benda ni? Setakat pinggan ngan cawan yang kau pun tak pikir nak beli utk kegunaan sendiri , lebih baik cari benda lain. Tak pun sumbang duit jer..tak da sapa nak marah kalau tak bawak hadiah pun..


Ni apa yang aku rasa ok selain cawan dan pinggan yang boleh diberi sebagai hadiah..

1. Kain pasang
2. Frame ( gambar,ayat suci, lukisan )
3. Cadar/ Selimut / Tuala ( cari ar yang unik sikit )
4. Album gambar
5. Seramik /Pasu
6. Bekas plastik serbaguna ( kalau tupperware tu mahal sangat, tapi skrg banyak dah benda yang serupa dan harganya lebih murah.)
7. Bantal/kusyen
8. Tunku elektrik ( leh guna masa pantang sok..sok..)
9. Kain alas meja / Table runner
10. Kalau berkemampuan, barang elektrik la. Tak der lagi yang tak suke bila dapat kelengkapan tu.

No comments: