Friday, April 1, 2011

Cacar Air/ Chicken pox.

Bulan lepas juga Hady diserang cacar air. Terpaksa aku ambik cuti. Nursery tak nak ambik sebab takut budak lain kena pulak. ( Aku pun faham..) Dia tak meragam tapi tabiat nak menggaru tu yang aku tak leh nak kawal. Nak cakap macam mana? Budak...orang tua yang kena penyakit tu pun belum tentu boleh tahan gatal. 4 hari aku bercuti, balik kampung ar....best juga. Kalau kat rumah alamatnya....memang tak rehat lah aku...


Lepas seminggu lebih masuk kerja, Hany pulak terkena jangkitan cacar air tu..Adussss...cuti lagi..kerja banyak tu kat opis...payment untuk kontraktor baru 80% siap..sian juga kat diaorang, bayaran yang patutnya diaorang dapat bulan 2 tak dapat2 lagi...tapi nak buat cam ner, bukan kami yang tak moh bayar...tapi waran dari hq yang tak sampai-sampai. Last2 minta staff lain sambungkan kerja aku tu. Thanks friends.


Cacar air yang hany kena tak besar2 macam hady. Tapi dia terus lemah akibat muntah, muntah dan muntah. Bawak g jumpa doktor, doktor yang jual ubat tu cuma bagi ubat muntah, selsema dan demam as usual lah kan. Bosan je, kadang2 aku dah boleh agak dah doktor tu nak bagi ubat apa.


Empat hari satu benda pun tak boleh masuk. Minum air, air yang keluar, makan nasi, nasi juga yang keluar sampailah terlantar. Bercakap pun malas. Bibir kering. Air dalam badan kehabisan.


Akhirnya aku bawak g klinik pakar kanak-kanak. Mulanya keberatan juga nak pergi sebab tau kos nya mahal tapi demi anak apalah nilai duit berbanding nak tgk dia menakalkan dirinya semula.


Doktor ni memang pakar. Aku puas hati. Kali ni ubat yang penting2 semuanya masuk ikut bontot. ( logik la kan...dah tentu tekak budak tu tak leh terima apa-apa, so jalan terbaik ikut bawah lah kan?) . Alhamdulillah walaupun demam tu asyik berulang-ulang, tapi hany dah boleh terima air. Dan air yang berjaya buat dia tak muntah, adalah VITAGEN.


Aku lega bila dia dah boleh menyusu, walaupun sikit-sikit. Syukur Alhamdulillah.

No comments: