Cuti yang diambil masa hany demam terus bertembung dengan cuti yang aku apply untuk majlis perkahwinan adik bongsu aku. Maknanya lapan hari semuanya cuti yang aku ambik. Mentang-mentanglah cuti tahun ni banyak...
Adik bongsu aku selamat dinikahkan pada 26 hb Mac 2011. Tiga hari sebelumnya rumah mak dah penuh sesak dengan barang-barang majlis. Paling tak larat aku nak tgk, goodies untuk tetamu. Kalau satu beg ada dua barang, untuk seribu orang, ce kira dah jadi berapa? Nasib baik puteries dan putra ku boleh diharap. Tu lum lagi nak ikat bunga telur utk empat pahar, bunga telur masin dua pahar, potong bunga rampai lagi. . Memang kerja duduk, tapi sakit pinggang derr...lagi la perut dah ada isi ni, lain mcm sikit rasanya. Apa-apa pun syukur alhamdulillah semangat gotong royong masih tebal lagi di kalangan jiran tetangga. Kalau yang tak dapat datang pun, aku sekeluarga maklum, tiga hari sebelum majlis hari tu hari bekerja.
Majlis pernikahan hari Jumaat, sebelum tu ada bacaan yasin dan tahlil mengingati yang telah tiada. Lafaz akad yang terucap dari adik ipar aku, menyempurnkan tujuan majlis. Tahniah buat adik tersayang, akhirnya satu lagi pencapaian dalam hidup engkau kecapi, ingatlah bahawa ini bukan pengakhiran tetapi sebenarnya satu permulaan. Semoga berjaya mengharungi segala ombak badai yang sebenarnya itulah kehidupan.
Sebelah malam, majlis berzanji pula dan selepas itu majlis bersanding atau orang panggil berinai besar. Memang meriah dengan paluan kompang yang diubah dengan lagu-lagu terkini. Al maklumlah, abang sendiri yang punya kumpulan, so dapat dengar banyak lagu. Memang syok giler...Belah malam pun orang dah dijamu dengan makan malam. Ramai juga tetamu yang datang. Aku dah keletihan dan akhirnya tertidur.
Besoknya majlis besar berlangsung, pukul 7 pagi aku dah kuar rumah dengan kakak ipar g pasar mencari bahan untuk makanan berdamai pengantin. Malas nak pikir menu macam-macam. Akhirnya kata sepakat dicapai, Bawal masak tiga rasa, sayur campur dan udang goreng bersama telur puyuh menjadi pilihan.
Jam 9 pagi majlis berendoi meraikan baby ( anak sepupu ) yang baru dua bulan berlangsung. Time tu aku masih berlemuih lagi kat dapur memasak. Tak cara orang kat luar pun. Tetiba my sayang masuk ikut pintu dapur dengan satu jug berisi cendol...ermmm i love u lah yang, memang best cendol tu, hilang penat jap. Tepat jam 12 tengah hari semuanya siap. Termasuklah aku lengkap mandi dan berpakaian. 12.30 pengantin sampai.
Aku pun duduk depan dengan tetamu dan saudara mara yang lain.Memang ramai, sampai aku pun dah konfius yang mana jiran, yang mana sedara dan terima kasih nak ucap kat kawan-kawan yang datang pada hari tu. Aku jemput yang dekat-dekat je...minta maaflah kalau layanan kurang memuaskan.
Majlis tak selesai lagi tapi badan aku dah tak boleh tahan lagi, tetiba rasa cam nak hang dan shut down. Aku tak cukup tidur tiga hari tu, dan badan pun macam paham-paham jer yang majlis dah selesai, tinggal part orang lain pulak.
Bangun dari tidur, badan sakit-sakit dan pinggul hingga ke kaki sebelah kanan aku sakit yang teramat sangat. Mak ajak berurut. Walaupun sekejap dan ditempat yang sakit sahaja, aku tabik ar kat tukang urut tu..dia memang pandai urut. Dia kata, semua tu kesan aku angkat benda berat, berdiri dan duduk terlalu lama. Peranakan aku turun sedikit dan menyelit sebelah kanan. So lepas dia betulkan, baru aku boleh bergerak macam biasa. Syukur Alhamdulillah, kesan dari urut tu, aku dapat serta merta, cuma belah malam tu, bekas tangan tukang urut tu terasa dan agak sakit sikit. Tapi tak apalah yang penting aku dah ok.
Ahad malam aku balik ke Puncak Jalil.
No comments:
Post a Comment