P/S : SEGALANYA NAMPAK MUDAH BILA BEBAN ITU BUKAN DI ATAS BAHU SENDIRI...HAKIKATNYA.....
Kisah berlaku awal tahun 2008 yang lalu..
Seorang kawan telah terkantoi dengan isterinya yang dia ada menjalinkan hubungan dengan staff sendiri. Kantoi semasa keluar bersama. Kebetulan isterinya juga berada di luar. Dikejar suaminya ( dengan kereta ) dan mereka bergaduh di tepi jalan. Sempat jugalah staff perempuan itu merasa tapak tangan si isteri..
Selepas kejadian, kedenganrannya si suami amat menyesal. Minta tolong kawan-kawan macam mana nak pujuk isterinya yang semakin dingin terhadapnya. Isterinya juga minta diceraikan. Selalu mengeluh, katanya... isterinya dah tak melayannya seperti dulu, bila tersalah cakap, kisah lama diungkit-ungkit, bila diajak berbual, akhirnya si isteri pasti mengarahkan tajuk perbualan tadi ke kisah silam si suami. Si suami juga mengadu, bila nak pergi outstation, si isteri tak pernah nak siapkan baju atau keperluannya, padahal isteri tak bekerja dan ada pembantu rumah.
( masa itu saya berkata dalam hati - untungnya si isteri, tak bekerja, ada pembantu rumah, ada kereta ( bukan calang-calang kereta)....tak takut ker kalau suami bosan memujuk nanti?
Pada saya saat itu, maaf kan jer lah si suami. Bukan ker semua manusia itu tidak sempurna? Sekali sekali pasti terkilaf jua. Takkan kerana itu, segala kebaikan yang pernah diberi hilang sekelip mata? Sebaik-baiknya kesilapan itu perlu diperbetulkan. Rumahtangga yang dibina sekian lama perlu dipertahankan kerana bukan kita berdua mendiami rumah itu, kita kan ada anak-anak...walaupun pahit..terpaksa kita telan kalau itulah penawarnya..
Tahun lepas, saya buat open house. Nampaknya pasangan yang saya ceritakan ini tak datang. Saya pun tanya kat en.middy kenapa si anu tak datang? En. Middy kata isteri si anu baru bersalin...( ow k...dah baik lah tu :0) kan? )
Tapi baru-baru ni...en.middy ada cerita pada saya. Masa outstation ke Johor baru-baru ini, semasa sedang makan di kedai nasi beriyani, dia terjumpa dengan si anu. Nampaknya si anu dah berubah. Berubah dari segi penampilan. Kasut tajam, rambut sikat kedepan, macam budak-budak muda...dan yang lebih mengharukan...nampaknya si anu tidak bersendirian...dia berteman dan temannya itu adalah perempuan yang pernah kena lempang dengan isterinya di tepi jalan satu ketika dulu.....
Dan disaat ini..hati saya berdetik..si anu ni memang jalang. Kau pujuk isteri kau, kau buat dia menanggung beban 9 bulan 10 hari konon-kononnya itu bukti kasih sayang kau, bertarung nyawalah si isteri melahirkan benih cinta kau itu, mengikat diri berpantang 44 hari ...bekorban hati untuk membuktikan kasih nya pada kau pula...
Tapi rupa-rupanya niat kau jahat....semua itu usaha kau mengalih perhatian isteri kau supaya tak sibuk-sibuk jaga hal engkau..kau sengaja biarkan isteri kau sibuk dengan si kecil dan kau boleh teruskan hubungan kau dengan perempuan yang kena tampar tu.
Kalau kau rasa kau boleh dan lebih bahagia dengan perempuan yang kena tampar tu, kenapa tak kau lepaskan aje isteri kau masa dia minta cerai dulu?......Kau memang JAHAT!
Dan di saat ini juga saya merasakan...kalaulah ini terjadi pada saya...TIADA MAAF BAGI MU...
Semoga ikatan pernikahan ini berkekalan dalam keadaan yang baik. Amin.
1 comment:
alahai...
Post a Comment