Tuesday, February 2, 2010

BOLEH KER AKU MENYANYI?

P/S : BAB YANG INI, AKU YAKIN DAN PASTI KEMAMPUAN AKU TAKAT MANA

Aku suka dengar lagu..dan sebenarnya aku suka menyanyi....
Mana-mana lagu yang aku suka, mesti aku suka nak menyanyikannya..
usaha untuk cari liriknya..goooooooogle jer..

Dapat hafalkan tang korus tu jer pun tak apalah..janji setiap kali lagu tu berputar kat radio, aku mesti nak sama-sama menyanyi..suka sangat-sangat menyanyi.

Tapi boleh ker aku ni menyanyi?

Kakak kat depan aku ni, pelik dengan aku...apa jua lagu yang keluar dari MP3 aku, pasti dia akan dengar suara kecil aku menyayi..
tak kira lah lagu zaman bila, zaman emak ngan ayah sampailah zaman anak aku la ni...lagu solo dan berkumpulan aku sapu semuanya...kalau lagu omputih tu, setakat awal lagu, tak pun tang korus jerlah, tapi tetap mulut ni nak berbunyi juga.

Tapi boleh ker aku ni menyanyi?

Kerana mulut yang rajin nak berbunyi nilah, aku dipaksa untuk menyanyi pada family day yang akan datang nih! Walaupun borang yang disediakan tak aku hantar, tapi diaorang pandai pulak buat syarat wajib...'staff baru diwajibkan menyanyi'.

Boleh ker aku menyanyi?
Boleh ker?

Menyanyi dalam bilik air boleh lah...

Wahai kawan-kawan yang budiman....

Aku akui, memang aku suka menyanyi, tapi hakikatnya aku memang tak boleh menyanyi...

Menyanyi dengan suara yang keluar dari tekak dan bukannya dari perut aku yang besar ni untuk hidangan telinga sendiri dengar, itu boleh lah...biasanya bila menyanyi bila bab nak kena tarik tinggi, suara aku akan bertukar jadi suara itik tercekik nila.

tapi tolonglahhhh..jangan paksa aku menyanyi

kerana...

kalau kau suruh aku pegang mic jer pun, sudah cukup untuk membuat perut aku memulas, seolah-olah ada rama-rama yang sedang berterbangan dalam perut aku sehingga menerbitkan rasa macam nak kena cirit birit. Aku cukup fobia dengan binatang yang cuma ada kepala, tanpa ada kaki dan tangan tu. Tolonglah weh!


Aku sanggup tak datang Family Day tu tau tak!

No comments: