Yang ni pulak lomak putih labu ngan bayam...bayam feberet si hany, labu tu pulak feberet si hana...hah kan sonang omak eh..tak yah gaduh nak masak bebanyak..
UPDATE : Ada yang tanya resepi lamb ni...sonang bai tuu...resepi campak2 namoe' den kobar kek kau..
Bahan-bahannya :
5 keping lamb sederhana besar. Potong kecil-kecil. Gaulkan dengan 1 sudu besar gula dan 4 sudu besar sos tiram. Ketepikan.
4 ulas bawang putih, dua sudu besar lada hitam ( ikut suka, kalau suka pedas, letaklah lebih..), sedikit halia - tumbuk lumat
1 sudu besar minyak bijan ( tak ada pun tak apa )
lada benggala, bawang besar dan cendawan butang ( kalau nak letak...)
Cara-caranya :
Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.
Agak-agak dah naik bau, masukkan daging yang kita ketepikan tadi.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sampai daging betul-betul empuk.
Rasa masin dan manisnya. Kalau kurang masin, tambahkan sahaja sos tiram. Aku tak guna garam pun masak lamb ni. Ajinomoto kalau suka boleh lah letakkan sikit. Ikut suka..
Dah empuk, masukkan cendawan butang, lada benggala dan minyak bijan.
Kuah tu, ikut sukalah...nak banyak ker nak sikit ker..kalau aku, aku suka tunggu dia nampak pekat sikit baru tutup api...dah SIAP!
Harap kau paham yer Gee! resepi aku nih, aku tulis ikut suka...selalu cut and paste resepi orang tapi ni ori dari dapur aku...SELAMAT MENCUBA!!
1 comment:
IDUT,MCM MANA NAK BUEK BLACK PAPER LAMB NIE?
Post a Comment