Seperti biasa bila hujan, confirm jalan pun akan jam. Makanya jam 8.30 tadi, aku masih dalam kereta dan masih dalam perjalanan. Dalam hujan lebat tadi, ada accident. Rasanya masa aku lalu kat situ, kejadian baru jer berlaku...itupun sebab aku nampak ada dua tiga kereta mula memperlahankan kereta dan berhenti kat tepi. Masa tu aku perasan ada wira aeroback terbalik kat tengah-tegah devider dan aku nampak juga tiang lampu yang tumbang. Aku rasa kereta tu laju agaknya. Lagi pulak jalan tengah licin..
Dalam hujan lebat tu, ada juga orang yang sanggup berhenti nak hulurkan pertolongan..maknanya nilai-nilai murni masih ada dalam diri manusia. Aku agak lega bila mana fardhu kifayah itu telah dilaksanakan oleh orang lain...kalau aku sorang-sorang kat situ, wajib aku lah yang kena tolong...Tapi alhamdulillah...masih ramai yang sudi menghulurkan pertolongan....sedangkan aku hanya mampu mendoakan agar pemandu dan penumpang ( sekiranya ada ) selamat jiwa dan raga.
- EN.MIDDY, I LOVE YOU SO MUCH!-
" JANGAN JADIKAN JALAN RAYA SUNGAI MAUT "
"INGATLAH YANG TERSAYANG".
No comments:
Post a Comment