1. TAK PUAS HATI DAN TERKILAN
Sepanjang minggu lepas, coretan aku tak berapa jelas isinya. Tapi aku tahu, kalian faham dan jelas tentang perasaan aku. Rasa ketidakpuasan hati, terkilan..namun dalam masa yang sama terselit berita gembira yang suam-suan kuku...
Aku sendiri tak tau, perlu ker aku coretkan semua sebab ketidakpuasan hati aku disini, memandangkan aku sendiri adalah kakitangan kerajaan. Adakah aku melanggar etika dan adakah coretan ini nanti melarat-larat dan secara tidak langsung menunjukkan kepincangan pihak yang lain. Kalau boleh aku tak nak..
Tetapi, untuk puaskan hati kawan-kawan yang setia bertandang ke hamparan isi hati ini,. Maaf kerana buat korang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Cukuplah aku katakan, ketidakpuasan hati ini berlaku semuanya kerana aku dan beberapa rakan kerja yang lain terlepas peluang kenaikan pangkat hanya kerana sebab-sebab yang tidak sepatutnya berlaku.
Bukan kerana gilakan jawatan, tapi apalagi kayu pengukur yang boleh digunakan untuk membuktikan prestasi kita sebagai pekerja.
Bagus sangat ker kau ni?
Kerana itu lah perlunya aku dinilai. Namun peluang untuk dinilai itu sendiri, aku dan kengkawan yang lain terlepas hanya kerana syarat yang kami patuhi.
Sekiranya selepas penilaian, aku memang tak layak untuk naik pangkat, korang ingat aku nak bising-bising ker?
Dan kerana itu lah aku dan seorang kawan baik ambik keputusan untuk panjangkan perkara ini kepada pihak atasan.
Maka, pada...
Hari Jumaat, pukul 2.15 petang, dengan perasaan yang bercampur baur dan semangat dari kawan-kawan dan orang atasan, aku gagahkan juga diri ini memandu ke HQ di Jalan Sultan Salahuddin. Dengan satu harapan, semoga semuanya berkeadaan baik dan ketidakpuasan hati ini diberi perhatian.
En. Mizi dah dah tunggu
Sampai jer kat HQ, Mizi dah pun menunggu...aku tak tau lah, kalau hanya aku dan Mizi yang tak puas hati tentang perkara ini. Tapi pada aku, secara peribadi,..perkara ini tak boleh didiamkan. Sekurang-kurangnya pihak atasan perlu diberitahu. Supaya ayat standart "terlepas pandang" tidak akan digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Sampai jer kat pejabat Timbalan Ketua Pengarah, hati ini tuhan saja yang tahu. Aku orang yang kesembilan akan masuk jumpa TKP. Selam 5 1/2 tahun berkhidmat, first time aku jumpa TKP ni. Siapa tak nerves..
Antara yang menunggu giliran
Poyos...muka selamba tapi hati....
Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang aku harapkan. Semuanya aku dah luahankan dan cerita.TKP pun akui dia faham kenapa kami datang jumpa dia. Perkara ini tak sebesar mana tapi kesannya akan aku bawa sepanjang perkhidmatan.
Alhamdulillah sekali lagi kerana di akhir perbincangan, TKP janji akan siasat perkara ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya. Semoga apa jua tindakan dia, akan memberi kebaikan kepada semua dan tidak akan merugikan sesiapa..kerana aku taknak jadi penyebab kepada sesuatu yang tidak baik pula...Amin!
Itulah jawapan untuk soalan tentang ketidakpuasan hati serta rasa terkilan aku sepanjang minggu ini.
Itulah jawapan untuk soalan tentang ketidakpuasan hati serta rasa terkilan aku sepanjang minggu ini.
2. BERITA GEMBIRA YANG SUAM-SUAM KUKU...
Setelah dua tahun menunggu, dan setelah aku tidak mengharapkan apa-apa...akhirnya permohonan untuk bertukar ke PUTRAJAYA di makbulkan...Alhamdulillah...dekat sikit dengan rumah dan tak perlulah tempoh jem yang membosankan itu lagi.
Kenapa aku panggil berita gembira yang suam-suam kuku?
Itu adalah kerana semuanya masih dalam proses. Surat tawaran berpindah belum sampai lagi kat tangan aku. Tapi kabar-kabar angin yang bertiup kencang dan panggilan telephone dari unit sumber manusia tempoh hari kadang-kadang buat hati ini berkembang dan harapan berbunga...maka terbit sedikit keyakinan. Namun apa-apa pun, semuanya boleh berubah bila-bila masa. Rezeki dah sentuh bibir pun boleh terlepas inikan pula.......sebab tu aku still gambarkan berita ni suam2 kuku lagi.
Satu lagi berita gembira...
MENANG CABUTAN BERTUAH CARE4..
Sedang menikmati nasi beriani kat meja, sambil2 menyiapkan sikit kerja sebelum aku bertolak ke HQ semalam...aku dikejutan dengan satu panggilan telepon..
...?... : Selamat petang dan salam sejahtera Puan Syahida..
Aku : Salam sejahtera, siapa ni?
...?... : Maaf mengganggu puan, saya Rojer..puan ada ingat tak, puan ada isi satu form untuk cabutan bertuah di pasaraya care4?
Aku : Yerr ingat..
Rojer : Ok, tahniah yer puan...puan telah terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk cabutan bertuah itu...so puan akan diberi boucer untuk bla..bla..bla..bla..
Aku : Ala...susah la nak ingat..tak boleh bagi surat jer ker?
Rojer : Oh minta maaf puan, sebenarnya saya akan set apointment dengan puan untuk serahkan boucer2 ni. Puan boleh ker datang ke Hotel kami Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan besok pukul 3?
Aku : Owh k,...( 5 star hotel tu..tak mimpi nak jejak hotel mewah camtu )
So, aku pun dah set ngan en.middy petang ni kul 3 pergi Palace of The Golden Horses.
Cerita selanjutnya nanti aku up date....
Cerita selanjutnya nanti aku up date....
----------------------------------------------------------------------------------
( sambungan cerita...update selepas balik dari PotGH)
Dalam kereta on the way nak pergi PotGH...
En.middy yang ngengada...spoil jerr
Dah pun masuk perkarangan PotGH...cantikkan?
Sesampai sajer aku disuruh isi borang maklumat diri dan suami..
Lepas isi aku dibawa ke satu bilik, macam kat kopitiam la lebih kurang, pastu ada sorang person incharge tanya soalan remeh temeh konon-kononnya macam nak mesra2 la gitu...aku bila sampai bab-bab macamni, mula lah rasa lain macam. Aku memang fobia kalau jumpa jurujual/promoter nih. Terus jer rasa meluat..aku pun tak tau apasal.
Duduk jer kat meja tu...budak tu pun kenalkan diri. Dia macam penasihat percutian ker tah apabenda ...aku pun lupa...
En.Middy dah bengang dah..talipon kata suruh datang ambik boucer tapi bukak cerita bab lain.
Mungkin ada yang dah kena atau dah tau, tapi yang tak tau aku bagitau...sebenarnya dia dapat maklumat diri aku memang dari form yang aku isi untuk cabutan bertuah di care4. So, dari situ dia jemput kita datang, cerita bla..bla..bla...rupa-rupanya nak kita masuk members hotel diaorang..
Dia offer percuma 7 hari setahun sehingga 38 tahun, menginap kat mana2 hotel dia, menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada tak kira hotel dalam atau luar negeri. ( macam best kan?)
Tapi yang tak bestnya...nak tau harganya?
RM25,000.00
Bayar downpayment 4000, pastu bulan-bulan bayar 380 selama 60 bulan...( figure ni lebih kurang la..)
Dah mcam bayar installment kereta la pulak...
Orang cam aku ni yang ado tak ado..setakat nak bercuti, atau nak tidur hotel...tak payah la hotel yang sampai harga RM 500 semalam. Buang duit jerr, baik aku buat shopping dan enjoy. Hotel ni buat tidor jerr...bangun pagi air liur busuk jugak....
So tak buang masa, kami pun menolak. Dan seperti yang dijanjikan, kami tetap dapat boucher dan penginapan percuma. Tapi bukanlah penginapan percuma kat hotel depa..hotel yang ala-ala jerr..jadilah..daripada tak dapat langsung.
Tunggu lah en.middy jadi jutawan...boleh duduk hotel mewah-mewah cengini. Tak dinafikan aku terpesona dengan keindahan hiasan dalaman yang penuh dengan kuda ni. Landskap pun tak kalah juga tapi nak tangkap gambar lebih2 malulah pulak.
Itu jer la...coretan untuk hari ini..
Pose istimewa untuk Lyn...( ko teka berat aku berapa lyn? Kalau betul aku bagi hadiah )
Balik dari PotGH, apalagi yang kami nak buat, kalau tak melepak depan TV nengok movie..en.middy kalau dapat peluang tengok tv, mana nak nak buat apa lagi dah..so malam sabtu tu ada cerita MI2 sampai kul 9, lepas tu sambung MI3 pulak. Pagi tadi aku dah cakap nak tengok rancangan budak2 menyanyi kat TV 9. Dia tak kasi...dia kata "la..minggu depan ada lagi.."
Ermm aku boring la dia dah cakap cam tu, padahal kalau nak ikutkan, Astro yang suka ulang tayang. Stesen tv lain mana ada buat camtu. Disebabkan aku dah pernah tgk MI3 tu, aku pun angkat kaki naik tingkat atas, main komputer la..
Bosan tahap gaban la ni...
Kalau duduk depan komputer kat rumah ni, kalau tak bukak blog, aku bukak game jepun nilah...
No comments:
Post a Comment