Susah betul nak bangun tidur hari ni..penat open house semalam, baru pagi ni terasa. Tapi petang ini aku nak kena pergi Langkawi. Ada mesyuarat dan taklimat. Masuk trevelling day cukup la 5 hari...isnin sampai jumaat.
Anak-anak mak dah bawak balik Seremban semalam. En. Middy dah kuar g kerja, aku apa lagi?..kemas la periuk belanga yang aku guna pakai semalam....mana boleh tinggal cam tu jerr...sapa nak tolong kemas?
Pukul 2 En. Middy balik dan aku pun dah siap...so terus jew g LCCT. Naik Air Asia pulak kali ni..duit tambahan untuk TNT ofis aku lambat dapat..lepas beli tiket, baru kerani aku offer kalau nak naik MAS ker tak?...tapi tak perla..kalau aku naik MAS, aku sorang2...tak mau la..lagipun bukannya tak buleh claim...
Kat Langkawi aku meeting dari pagi sampai petang...hari ketiga baru boleh kuar ke Pekan Kuah...Cari apa lagi, coklat laa...hubby kirim gudang garam dlm tin jew..
Anyway...happy sangat pergi kat sana walaupun selalu teringat kat hubby n anak-anak, tapi kadang-kadang terfikir juga apa salahnya manjakan diri..seketika rileks dari aktiviti seharian yang hampir huru hara itu...
Ini Suzana, tapai aku panggil Jana. Ada yang kata muka kami seiras. Betul ker?
Hujan selebat-lebat alam...flight kami delay lebih kuang 1 jam 1/2 juga lah..
Akhirnya...masuk juga kami dalam perut pesawat...sejuk giler dan ruang yang lebih selesa dalam air bus yang baru nih...
Tempat penginapan yang dipilih urusetia. Orait gak tempat nih..
Bilik meeting kami. Terpaksa dirombak semula sebab hotel tak buat macam yang urusetia mahukan.
Control cun...rehat untuk minum pagi..
Macam istana dalam cerita kartun kan?
No comments:
Post a Comment