Buang Emak Buang Saudara,
Sayang Kekasih hamba turutkan....
Sungguh lah tidak baiknya lirik lagu tu kan?
Sebenarnya bukan tu yang nak aku ulaskan....sesaja jerrr. Bila sebut jer nasi lemak, mesti nak sambung dengan perkataan buah bidara....Buah bidara tu cam ner rupanya ek? Jom google..tengok dapat gambar apa..
Ooooo....ni la rupanya buah bidara. Thanks buat pemuanya info dan gambar. Sedikit info tentang buah bidara ni yang aku dapat dari laman web yang aku ambik gambarnya ini.
Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini ditanam secara komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia mempunyai pelbagai kegunaan, terutama dari segi perubatan oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan.
Ini pula rupa isinya...Thanks buat pemunya gambar.Macam best jer buah ni bila ada yang kata rasanya macam buah epal. Betul ker? Ishk nak kena cari ni...
Sebenarnya aku cuma nak cerita, Ahad aritu, lepas berlemoih buat kuih, tengok jam dah pukul 5. Baru terpikir pulak pasal juadah berbuka tak planning apa pun lagi. Last-last paksa En. Middy bagi idea nak berbuka apa. Dia tolak kekita, kita tolak kedia, akhirnya dapat gak dia idea nak berbuka apa.
" Ma, buat nasi lemak jer la. Ayam goreng rempah"
" Sambal apa?"
" Sambal tumis biasa lah. Eh, sambal sotong pun ok jugak"
"Orait!"
So, ni lah yang dapat aku sediakan buat suami tersayang, nasi lemak, sambal sotong dan ayam goreng rempah ...extra sotong goreng tepung buat anak-anak. Air sirap bandung dan teh o penghilang dahaga.
4 comments:
huhuhuh leleh siottt...mabeles akk tngok sik lemak ko..huhuhuh sabas kemain gigih ko buat kuih raya eh..
waah..sedapnye menuuu..buah bidara tu akak dh prnh mkn..mmg sedap, manis ala2 epal..
Raya setahun sekali,kak ann.. masa ni jer lapun nak memanaskan oven tu. Bak kata en.middy, biar rosak dipakai dari rosak sebab tak pernah pakai.
alahai..kak hnyhar ni buat kita terliur la pulak. Nasib baik tak mengandung..
Post a Comment