Hari ni masuk hari yang ke 7 Ramadhan. Maknanya puasa dah pun seminggu. Sekejap jer kan! Alhamdulillah setakat hari ini belum ada lagi dugaan yang membuatkan puasa aku terbatal. Tapi kalau ada per-per yang kecik2 tu, kalau tak sengaja, tak pa kan?
Ramadhan kali ni, berbeza sikit dari tahun-tahun sebelum. Dulu kalau masuk jer tengah hari, mulalah kepala otak ligat pikir nak masak apa. Kalau boleh, sebulan tu mesti masak yang best-best. Konon-kononnya upah lah, untuk diri sendiri dan cik abang sebab berjaya habiskan puasa. Kih!kih!kih!...cam bebudak pulak, tapi tu aku tipu. Yang sebenarnya nafsu jerr tu...
La ni, aku dah tak cam tu dah...
Insyallah, semangat berdiet balik dari China tu hari semakin berkobar-kobar pulak rasanya. Makan ala kadar jerr...yang penting tak kebulur, tak gastrik, tak pengsan. En. middy pun bagi semangat, dia pun tak kisah sangat, apa yang aku masak dia makan jerr.
Seminggu berpuasa baru sekali aku g jalan gi pasar Ramadhan kat Equine tu hah. Macam biasa, confirm sesak giler. Tengok orang beli makanan macam dah tak ada besok bagi mu pulak...berbondong-bondong menjenjet beg plastik. Aku datang berlenggang, balik mengangkong. Sumenya kes maleh nak nunggu. Sebenarnye nak makan murtabak.
Tapi betul, kalau tak kuat iman, semua benda nampak sedap...tapi aku tau dah, paling hebat pun, masuk jer waktu berbuka, minum air dua gelas, pastu makan nasi, confirm dan nyandar macam kuda tak ada tulang belakang. Benda lain tetiba jer dah tak nampak menarik, tetiba jer dah tak mengiurkan, padahal tadi kan main kecor air liur nengok makanan tu. Itulah nafsu...
Kalau pasal harga, aku tak tau lah mahal ker murah, pasalnya jarang beli makanan kat luar. Kang aku cakap mahal, orang kata murah, aku kata murah, orang kata mahal. Pikir sendiri lah, kalau rasa mahal dan tak berbaloi dengan apa yang kita dapat, just forget it! Makan lah benda lain, melambak lagi menu kat kedai-kedai lain.
Teringat puasa tahun lepas,
Lokasi : Medan Selera Muhibah Ampang
aku : Kak bagi pucuk kayu gulai tempoyak ni 2 hengget
akak : 2 hengget tak leh dek
aku : 3 hengget ? ( dah tanya, malu pulak kalau tak beli )
akak : Boleh
aku : Arr bagilah 3 hengget
Lalu akak tu pun mengambil satu senduk( aku rasa dalam 3 sudu jer ) pucuk kayu tu dan masukkan dalam plastik, aku harap-harap adalah 1 atau 2 senduk lagi, hampeh! Mulalah muka aku nak kembang nih!
aku : kak, banyak tu je ker 3 hengget?
akak : a'ah, barang mahal skarag dek, bla bla bla...
aku : kak kalau macam tu tak yah niaga lah kak... akak makan jer lah sendiri
Terus blah!
Aku rasa kalau akak tu niaga lagi tahun ni, confirm tahun ni dia boleh gi haji.
Eh! Ter'emo lak tetiba...apa2 pun, seronok rasanya bila dapat kongsi cerita.
No comments:
Post a Comment