Pepagi lagi aku dah kejut hana bangun mandi. Sila bangun dengan senyap kerana mama tidak mahu hany dan hady terjaga. Apabila mereka berdua terjaga nanti, rancangan kita untuk meninggalkan mereka berdua dengan papa akan gagal. Niat jahat.
Minyak kereta dah pun menyala. Kalau tidak kerana dah terlewat, sudah pasti mama akan bawa hana jalan kaki. Tapi...takper, kalau enjin kereta ini mati ditepi jalan, mama akan bawak hana jalan kaki juga akhirnya..tapi nasib baik enjin tak mati.
Sampai saja di tempat kejadian, tepat jam 8.30 pagi. Menurut kertas yang menjemput, peraduan mewarna bermula pada jam 8.30 pagi. tetapi kita sudah pun tertipu bila mana urusetia mengumumkan peraduan mewarna hanya akan bermula selepas senaman arobik dan poco-poco..pukul 9.30...walaupun kaki mama tak dapat menipu yang mama tergoda dengan lagu poco-poco itu, tapi disebabkan hana yang asyik memegang tangan mama, membuatkan mama hanya duduk diam dan kaki bergoyang sahaja..ishk..ikutkan hati.. ( aku memang terer menari poco-poco ni, itu semua berkat pergi kursus Bina Negara aritu..)
Sila tengok gambar kat atas. Aku tau kalian tengok muka hana pun dah boleh agak betapa boring dan busannya ank dara aku tu..
Walaupun hana diketegorikan sebagai peserta di bawah 6 tahun...gambar yang disediakan mama rasa tidak cukup sesuai. Sepatutnya gambar yang disediakan lebih kepada 1 atau 2 objek sahaja. Contohnya sebuah basikal. Tidak perlu pemandangan.
Sebenarnya bukan 1st exp tuk hana sahaja, tapi kepada mama nya juga...supaya lain kali kalau nak masuk peraduan mewarna, sila jangan bawa case pensil warna semata-mata ok!
Sila bawa tikar, alas kertas, atau papan, pengasah dan bawa lebih dari satu jenis kalerr sekiranya tidak ada dalam syarat boleh guna sejenis nkaler sahaja. Maksudnya bawaklah kaler krayon sin chan tu ker, pensel warna, kaler air ataupun magic kaler...baru meriah!!
Tapi takper..this is 1st experiance...lain kali kita boleh lebih bersedia dan mama tahu anak mama boleh buat lebih baik dari ini..
No comments:
Post a Comment