
Bukannya hutang siapa-siapa..hutang tak update blog ni hah!...sekali lagi upload gambar dari camera..pastu tengok tarikh dan mulalah bercerita...lambat pun lambatlah. Yang penting setiap peristiwa yang aku dah rakam dari lensa ini perlu diabadikan dalam blog kesayangan aku ni...
SUP TULANG...
Ni sup tulang yang aku masak jumaat 2 minggu lepas (19/12/2008). Daging korban yang aku bahagikan tiga hari tu. Makan dengan sambal kicap, memang best gilerr.
Majlis Pertunangan Lagi...
Jumpa rombongan di masjid UM. Yang kat atas ni sebahagian sepupu dan anak buah aku.
Cik hany dan papa middy nya...
Hai haddy...dah belajar cara2 memandu kerr?
Perbincangan...baju batik biru tu ayah akulah...selaku wakil pihak lelaki
Khusyuk mendengar...rumah bakal sepupu aku ni tak lah besar mana..kitaorang pulak datang sampai lima kereta, mana lah tak bersesak jadinya..
BUAH MATA KUCING...
MAIN PASIR
Malas nak cerita panjang-panjang...korang tengok lah anak-anak bertuah aku tu buat apa..memang jakun. Maklumlah rumah dia mana nak ada pasir, semuanya dah bersimen. Aku kecik-kecik dulu puas lah main pasir @ tanah ni..maklumlah budak kampung. So, walaupun aku membebel bila tengok anak-anak main pasir, tapi sebenarnya bukannya kisah sangat...sebab aku pun memang suka main pasir masa kecik-kecik dulu..so aku paham..biarkan jer lah..








1 comment:
cutenye..main pasir..
Post a Comment