Semalam en.midy pergi Teluk Intan. Hari Khamis baru balik. Aku pikir2, daripada aku sorang-sorang kat rumah malam ni, baik aku g balik Seremban tengok anak. Rindu pulak dengan budak2 tu.
Semalam sampai rumah mak lebih kurang pukul 6.45 petang, aku ingat nak singgah pergi pasar Ramadhan, tapi hujan la pulak. Kereta tak yah cakap lah...jem sudah tentu punya.
Bila anak2 nampak mamanyer datang, berlari-lari dan menjerit-menjerit seronok, hilang penat dan tension aku kat jalan tadi..
Hana macam tak caya jer nampak aku balik. Soalan bertalu-talu ditanya...
Mama pergi mana ma?
Mama beli apa ma?
Apa dalam beg tu ma?
Ma, papa mana ma?
- Papa workPapa Work kat mana ma?
- Papa work kat Teluk IntanOoooo.....
kat Putrajaya yer ma?
-Bukan, kat PerakOoooo
Besok mama work?
-Besok mama work, hana duduk dengan nenek dulu yer..Ahad ni mama ngan papa ambik hana,hany n haddy. Boleh?Boleh.
Berbuka semalam, mak aku cuma goreng maggi ( campur bahan2 lain) untuk buat lauk. Sedap juga walaupun ringkas. Ada kuah kari semalam, aku layan jerr...bab makan ni aku tak cerewet sangat. Apa yang ada aku bedal jer. Lagi satu aku faham, mak tak dapat masak yang special mungkin sebab tak ada masa, lagipun bukannya senang nak buat kerja lain kalau dah jaga budak ni.
Muka hana ni dah jadi pink sebab curi mama punya blusher kan?
Muhammad Haddy Idaham...
Buah cinta mama dan papa...
Pagi tadi hany kejutkan aku dari tidur, sebab dia dengar ada sms masuk. Siapa lagi yang hantar pagi-pagi buta ni, kalau bukan en.middy...
sms papa...
reply sms..
Orang ada anak, macam ni laa...
Sampai sini dulu untuk hari ini...
No comments:
Post a Comment