Friday, June 3, 2011

SEBENARNYA , SUAMI YANG MANJAKAN ISTERI, ATAU ISTERI YANG MENGADA-MENGADA?

Datang lambat atau lepas lunch terus hilang.
Alasan : Hantar isteri g check up. ( Maklumlah mengandung anak sulong )

Tak datang kerja ( emergency leave )
Alasan : Isteri tak sihat, isteri itulah, isteri inilah..

Huhuhhuhu…sadis mu deh!
Kalu cenggini loh, ….mung kijo je lah kat ghumoh.
Tok se date’ kijo lg doh.
Kijo mung sume oghang laen tulun buak kang….apo cite.


Hallo bro…
Aku pun mengandung juga…
Dah nak masuk kali yang ke empat dah ni pun..
Tak da hal pun, boleh jer g klinik sorang-sorang,
Boleh jer naik tingkat 4 hari-hari ( biarpun cam nak putus nyawa bila sampai atas)
Benda kalau dah terpaksa, boleh jerr..
Kuat sebenarnya orang yang nak jadi ibu nih!
So,
Berhenti lah bagi alasan-alasan yang tak munasabah tu.

Suami terpaksa ambik cuti, atau tinggalkan kerja sebab
Nak “hantar”isteri pergi bla..bla..bla..
Apsal nak hantar pulak?
“wife aku tak pandai drive”
Perghhh…tetiba panas je hati dengar alasan tuh…

Alooo…tak pandai kena belajar lah..
Belajar memandu ni bukannya utk jangkamasa pendek..
Tapi untuk jangkamasa panjang
Bukan untuk orang lain
Tapi untuk diri sendiri juga..
Zaman dah maju bro…pikirlah cam orang maju juga…
Isteri ni kalau kau tak dipaksa
Alamatnya sampai bila pun tak mau cuba..

Tapi bila dah terpaksa…
Boleh jer pun…
Pandai jer pun…
Suami kat sini kena sokong isteri buat,
Bukan sokong untuk tak buat…

Orang lain pun ada isteri juga.
Isteri ni, kalau dah kau manjakan sangat-sangat…
Memang suka sangat-sangatlah dia tu.
Tapi kalau kau bincang baik-baik dan
Letakkan ‘ peri kemanjaan’ kau tu betul pada tempat dan waktunya…
Aku rasa isteri akan faham.

Tak payahlah nak manja-manjakan sangat.
“kalau nak ajar isteri tu berdikari,
Sekarang lah, masanya”.

Bukan bila anak dah dua tiga orang atau
Bila kau dah penat nak melayan nanti
Baru nak suruh isteri buat semuanya sendiri.
Tak pasal-pasal isteri kau tuduh yang kau dah ada pengganti.
Mula lah keluar statement
“ ai yang, dulu boleh jerrr..apsal skrg tak boleh pulak?”

isteri pun kenalah persiapkan diri
Jangan lah jadi manusia yang terlalu “eleh”.
Bak kata kump. Jambu dari maharajalawak
“ apa pun tak bleh ”
mengandung ni biasalah..mabok2, tak larat bangun,
Tapi tak lah sampai 9 bulan.
Kalau ada yang macam tu, mungkin 1 dari 1000.
Kalau ada yang mcm tu pun, confirm tak duduk rumah dah.
Confirm dah berkampung kat spital punya.
Tapi kalau boleh g kerja,
Boleh g shopping,
Boleh makan,
Kira ok la tu…
tak lah tenat sangat.

isteri pun kadang-kadang suka nak ambik kesempatan..
Sometime dah siap-siap set mind tu - bukan set untuk diri sendir jer, tapi tolong setkan utk member2 juga.. ( tak bleh bla..)

“ uihs.. Kalau aku tunjuk aku bleh buat, kang dia lepas tangan pulak”

parak lah kalau cam tu..weh

Isteri kena kenal pasti lah,
Mana yang patut kita buat sendiri, kita buatlah sendiri…
Mana yang perlu minta bantuan suami, baru mintak…
Suami pun nak jadi orang yang berguna juga…
Tapi suami tak suka di guna-guna..

Sama lah juga macam isteri.
Ce bayangkan kalau suami buat semua kerja isteri..
Untungkan?

nanti orang pun puji cenggini..

“uish..sayangnya hubby kau kat kau ek, untunggggg kau dapat dia”.
tapi untung tu nampak bila sekali pandang jer..
Sebenarnya akan lebih banyak keji dari puji.
Tak caya?

Cer pandang dua kali, pastu ce r pikir banyak kali …

Tak ker perbuatan suami yang membuat semua kerja isterinya akan
Membayangkan yang cam gini? ( dalam kes masyarakat kita hari ini)

“semuanya laki dia yang buat, dia tu buat apa”
Atau
“bini dia tu tak boleh harap lah, semua suami dia yang buat”
Atau
“eleh, laki dia tu sebenarnya bukan rajin sangat pun,
Ater dah bini nya tak buat, biar dia sendiri lah yang buat”

hah kan? Dah kata dah…

So, kalau masing-masing tau yang mana boleh buat sendiri,
Yang mana perlu minta tolong,aku rasa tak timbul soal

“laki kau tu tak guna betul “
Atau
“isteri kau tu tak leh harap lah!”

Tapi, kan sangat-sangat syok bila dengar orang kata..

“ bertuahnya kau dapat isteri macam dia”
Atau
“untung kau dapat suami macam dia kan?

Aku membebel ni bukannya apa..
Ada kejadian atau ada kisah sebenarnya
Yang berlaku di kalangan kawan2 disekeliling aku ni,
Kerana manjakan isteri ( tak pasti juga samada dia yang
Manjakan sangat isterinya atau isterinya yang tak tau berdikari atau dia sendiri yang ambil kesempatan ke atas sesuatu yang boleh dijadikan alasan ) sampai menjejaskan kerja dan kawan-kawan hilang respect erhadap dirinya.

Isteri awak mengandung, kawan-kawan tumpang gembira..
Tapi bila awak sampai selalu menggunakan situasi itu sebagai alasan hingga kerja awak terjejas, kawan-kawan pun malas nak tanya-tanya pasal isteri ataupun pasal baby tu..
Dan tolonglah jgn bagi alasan yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi kepada orang yang dah melalui semua pengalaman itu. Memang silap besar!

5 comments:

ina's said...

marah benor bunyik nyer tu..sabar..org ngandung kena sabar

Unknown said...

jana suke la entry yg ni...mmg kena ngan situasi zana dulu masa zaman2 tak pandai bawak kete...kalau motor tu celah gigi jer hehhe....mmg kelam kabut tau kalau isteri tak pandai bawak kenderaan nih..semua harap laki jer...so utk mengelakkan perkara tu lagi...zana dah amek lesen kete dan sekarang nak pi mana pun senang heheheh...tu kena ada perbincangan antara suami isteri utuk memperbaiki apa yg tak betul...yg penting para suami kenalah terbuka sket...percayakan isteri agar lebih mudah dia belajar berdikari...btul tak hehhehe

beloved said...

sob, la ni dah lega sikit, sebab dah dapat luah kat dlm blog ni...

beloved said...

jana : mana yang baik ambik...mana yg rasa itu hanyalah emosi si penulis..jgn layan k..org tgh marah memang cenggitu...

myazara said...

tak sempat nak manja-manja.