Last week balik kampung Pahang. Dah lama juga tak balik. Hampir dua bulan. Ibu mertua aku pujuk balik sebab rambutan dah ranum atas pokok. Kalau kami tak balik, nanti buahnya kering atas pokok macam tu ajerr la jawabnya. Nak bagi jiran, jiran pun ada pokok rambutan sendiri.
Maka nya, hari Jumaat tu aku half day dan kami balik ke Pahang.
Pagi Ahad tu, papa, cik epis ngan bapak yang sibuk petik rambutan. Aku yang tak berapa sihat ni cuma jadi pemehati ajalah..
See, berbaloi-baloi....eh! salah, berbakul-bakul....
Papa hulur setangkai pada kami....
kami lepak kat tangga jer, sambil ambil angin
Eh, no pokok apa pulak? Hah nilah pokok keledek vitato...aku dan en.middy yang tanam dua bulan lepas. Tu lah last kami balik kg aritu. la ni kami balik, pokok nya dah pun menjadi...tapi itu semua sebab pak mertua yang tolong jagakan....
Selain pokok keledek, banyak juga anak pokok yang aku bawak balik aritu, mangga harum manis, kedondong, longan berlian, limau kasturi, benih bendi, sawi, kangkung, terung dll. Aku ngan en.middy ada minat yang sama, tapi kami tak ada tanah nak buat tu semua, so semuanya kami hantar balik kampung. Tanah luas sikit.