Tuesday, April 6, 2021

Hahahaha

 Ya Allah berjaya juga masuk semula dlm blog ni. Baca balik cerita lama2 tu, seronok pulak. Rasa nak menulis balik tu sampai....tp rasanya tak mampu kot nak menulis lagi. Sebab dah banyak lupa mcm mana nak guna semua command dlm blog ni. Kena study balik.

Wednesday, December 19, 2012

Kalau Tau..

Pagi ni agak huru hara juga lah...
semalam hantar anak ke rumah mak di seremban..
siap2 bawak beg baju yg nak bawak gi pahang sekali...
sekali bila tgk balik jadual..rasa mcm tak cukup baju pulak...
so pagi ni dari seremban aku balik rumah dulu g ambik baju...
dah lewat lagi sampai ofis..

Bila sampai ofis..
Terselit surat panggilan taklimat SPP II pulak..
Hari Jumaat kul 9am - 5pm kat Putajaya..
Bos dah minit suruh pergi..

Ermmm..
Mcm mana ni?
Sana nak pergi..sini nak pergi..
Last2 TP datang, dan bagitau aku g Pahang harini..
Tapi malam besok aku kena balik
sebab aku kena pergi juga taklimat SPPII tu....

Apa nak di kata?
Kalau tau tadi..tak yah gatal2 g balik rumah ambik baju...
Tak yah penat2 kan otak duduk dalam JEMmmmmmmmm

Sabar aje laaa...

Tuesday, December 18, 2012

Janda Baik

Semalam dapat surat kena g taklimat/kursus/mesyuarat...
aku pun x tau ketegori yg mana satu. 
Kat Janda Baik Pahang.
3 hari lak tu...19-21hb Arghh!!! Pening!
Emak pulak nak g Johor 20hb ada kenduri kawin cucu dia a.k.a anak buah aku..
Pastu besoknya 21hb dia nak ke Langkawi pula.

Mana pulak nak letak anak2 aku ni????

Susah pula nak kata TAK BOLEH pergi..
takut dikatakan staff yg suka beri alasan..orang lain pun ada anak juga..
Bagitau kat en.suami..
Ermm ..dia pun kena outstation ke Northern tapi 2 hari je..19-20
Maknanya dia balik dulu dari aku..

Bincang dgn emak, emak setuju nak bawak anak2 g Johor
dan besoknya lepas sembahyang Jumaat en.suami balik Seremban ambik anak2.

MASALAH SELESAI.

Alhamdulillah..
Allah masih panjangkan umur orang tua ku..
Sampai sekarang pun aku masih berharap pada mereka..
Sentiasa ada bila aku perlukan..
Besarnya jasa dan pengorbanan emak dan ayah..
Tak terbalas dgn wang ringgit dan kebendaan..

Syukur pada mu Ya Allah..
BERLIAN itu masih di sisiku.

SEDAR DIRI

Sepanjang aku bekerja...aku stand alone..bekerja direct dgn bos dan tak pernah anggap staff yg jawatannya lebih rendah dari aku adalah org arahan aku. Aku malu untuk bertanya siapa staff di bawah aku sebab aku sedar jawatan aku bukanlah besar mana pun. Aku lebih suka bekerja bersama-sama dan suka guna perkataan 'TOLONG'..itupun kalau dah memang tak boleh buat sendiri. Sebab tu aku "MENYAMPAH" dgn org yang jawatannya lebih sikit dari org lain tapi suka berlagak lebih dari BOSS..kalaupun kau lebih SENIOR...pls respect sikit pada kami sebab kami juga pekerja yg di gaji sama mcm kau...

Monday, December 17, 2012

Opis baru

Dari tadi dok menggodek-godek tetapan..ingat nak ubah wajah...tapi dah tak reti pulak..lama sgt tinggal...rasa nak menulis tu ada..tapi bila tiba waktu yang sesuai semua cerita dah basi..yang kelakar dah tak kelakar..yang sedih dah tak sedih..yang marah pun dah reda marahnya..banyak diluahkan secara spontan di Facebook..itu yang cepatnya pun..

Tapi hari ni ada rasa lain sikit..
Hari ni rasa macam serba tak kena..
Perasaan tu bercampur...
Ada masanya macam nak buat tak tau..
tapi hati tetap paksa otak untuk pikir..pikir dan cari..

Until now..aku pun tak tau knp..
Cuma apa yang aku sedar..
Hari ni aku mula bertugas kat tempat baru..
Masih di bawah Pengarah yang sama..
Tapi dari tingkat 4 ke tingkat 3
Dari Rancangan Tebatan Banjir ke Bahagian Korporat
Dari jaga projek kena jaga kewangan pulak
Ni semua dah takdir..
Walaupun adalakanya cara takdir itu dilaksana, sering buat kita tak puas hati
Sering buat kita mempertikaikannya...
But at the end...kita akan sedar..itulah yang telah ditakdirkan untuk kita.

So, buka hati..
Belajar terima dan berpuas hati.
Sesungguhnya Dia adalah perancang terbaik.

Tuesday, January 31, 2012

Separuh hari di Imigresen Puchong

30 hb Januari 2012,pergi buat passport di Imigresen Puchong...separuh hari habis di sana. Sebenarnya bukan hari ni jer ..start dari 25,28 dan 29 hb aku dah g pejabat imigresen untuk buat passport anak-anak, tapi nombor asyik habis jer...agaknya sebab org ramai masih bercuti sempena CNY..so try pergi hari ni sebab hari ni rasanya org dah start kerja. Tapi tulah...nampaknya masih ramai lagi...apa-apa pun aku nekad kena tunggu juga.

Tu dia...no anda 5093, no sekarang 5017 perghhh....ada 76 orang depan aku...jam baru pukul 8.45am...

Lepas ambik nombor, lepak kedai mamak kat sebelah pejabat imigresen tu...sejam..sejam setengah....semuanya masih under control...masuk jam kedua...





Makan air batulah..nak gula-gula, nak berak terkencing semuanya ada...tu belum baring2 atas lantai lg tu..





Jam 11.30 am baru nombor kami dipanggil...siap semua urusan, staff kaunter tu suruh datang balik pukul 2.30ptg untuk ambil passport....hmmm...tak pasal2 kena marah dgn en.middy, iklan cakap, passport siap satu jam. sekarang baru pukul 11.45am, rehat pukul 1.00 kenapa kena ambik oukul 2.30 ptg? PUNG PANG PUNG PANG....last-last bos dia janji utk siapkan pukul 1.00....ermmm boleh pulak? Macam2 lah diorang ni, dah kena marah boleh pulak buat.


Akhirnya siap juga passport anak2 tepat jam 1.00 petang tu....Horeyy!! boleh pergi Singapore...

Friday, January 27, 2012

Dia sangat comel


Inilah NUR HANIESYA HANIS..
Permata hati aku yang keempat..
Sekarang dah pun empat bulan..
Sedang belajar meniarap kedepan, kebelakang dan berpusing-pusing..
Suka sangat-sangat melihat dia tersenyum dan ketawa.
Sekarang ni nampak macam dia dah nak mula berborak..berborak dengan bahasa asli bayi..hanya dia yang tahu.
Tak ada lain yang aku harapkan..semoga hanis diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun di akhirat.Amin.
Jadi anak yang solehah yer sayang!

Pesanan buat anak-anak mama


Di hari graduation hana...mama suka sgt gambar ni..


Antara kamu ada pertalian...tali yang tidak kelihatan, tapi sesiapa saja mampu merasainya...kamu berempat berasal dari mama dan papa yang sama...membesar 9 bulan 10 dalam perut yang sama..

Tetaplah hormat menghormati antara satu sama lain dan janganlah putuskan kasih sayang di antara kamu...dan smoga kalian saling melindungi antara kamu, mama doakan mudah-mudahan ikatan ini kekal erat dan abadi. Amin.

Tiba-tiba berazam lah pulak

Jalan-jalan di Giant tempoh hari, sambil cari2 baju utk kerja. Skrang ni kira ok lah juga, dah banyak kedai-kedai yang menjual saiz S-XXXXXL. Tumpuan hanya pada kemeja, almaklumlah kerja sekarang banyak di site...so, tak perlulah nampak terlalu anggun atau ayu bila duduk di site..kang bangla-bangla kat situ tak boleh nak buat kerja pulak.

Aku dari dulu sampai sekarang kalau cari baju memang sedikit cerewet, seluar apatah lagi. Bukannya apa, saiz badan sekarang ni kalau salah sarung atau salah fesyen, alamatnya akan memalukan diri sendirilah gamaknya. Bila berdiri dalam fitting room, adohaiii...nak tgk diri sendiri pun i maluu u..gemokknya aku sekarang..

keluar dari fitting room, mood adalah sgt-sgt tidak happy...rasa menyesal makan tadi pun ada..( mcmlah kalau tadi tak makan, aku kurus )..

Dapatlah juga sehelai baju dan seluar...

Elok je aku keluar dari kedai tu, berselisih dengan seorang perempuan remaja pertengahan dengan ketinggiannya lebih kurang aku tapi susuk tubuhnya dua kali ganda aku maybe...agak termengah2, mungkin kerana saiz tubuh yang dibawa buat dia kelihatan lelah...

kasihan...tetapi serta merta aku ingin muhasabah diri saat itu disitu...bersyukur, aku masih kuat membawa tubuh ini, bersyukur masih ada saiz baju yang boleh dibeli, bersyukur tiada penyakit kronik dan bersyukur masih ada yang ingin menyayangi.

Muhasabah diri supaya jangan asyik merungut,muhasabah diri supaya bertindak dgn lakukan sesuatu supaya permasalahan ini selesai...

Tiba-tiba aku berazam...(setelah sekian lama tidak berazam )....aku akan usahakan dan selebihnya aku serahkan pada DIA...insyallah.

Thursday, January 26, 2012

Kasihannya..

Kasihan pada anak-anak zaman sekarang, walaupun perbezaan zaman belum pun seabad, namun jurang persekitaran amat berbeza. Masa yang semakin pantas berlalu membuatkan kita lelah. Apakah hanya kita ( dewasa ) yang terasa akan pantasnya waktu kerana kesibukan kita atau anak-anak juga terasa akan keadaan itu?




Berbeza benar rasanya dibandingkan dengan keadaan zaman kanak-kanak aku dulu...masa berjalan terlalu lambat...tak sabar-sabar nak jadi orang dewasa...puas sungguh menikmati zaman kanak-kanak..siangnya panjang, malam pun panjang...puas main dan tidurnya...


Bagaimana pula dgn anak-anak sekarang?