Wednesday, December 19, 2012

Kalau Tau..

Pagi ni agak huru hara juga lah...
semalam hantar anak ke rumah mak di seremban..
siap2 bawak beg baju yg nak bawak gi pahang sekali...
sekali bila tgk balik jadual..rasa mcm tak cukup baju pulak...
so pagi ni dari seremban aku balik rumah dulu g ambik baju...
dah lewat lagi sampai ofis..

Bila sampai ofis..
Terselit surat panggilan taklimat SPP II pulak..
Hari Jumaat kul 9am - 5pm kat Putajaya..
Bos dah minit suruh pergi..

Ermmm..
Mcm mana ni?
Sana nak pergi..sini nak pergi..
Last2 TP datang, dan bagitau aku g Pahang harini..
Tapi malam besok aku kena balik
sebab aku kena pergi juga taklimat SPPII tu....

Apa nak di kata?
Kalau tau tadi..tak yah gatal2 g balik rumah ambik baju...
Tak yah penat2 kan otak duduk dalam JEMmmmmmmmm

Sabar aje laaa...

Tuesday, December 18, 2012

Janda Baik

Semalam dapat surat kena g taklimat/kursus/mesyuarat...
aku pun x tau ketegori yg mana satu. 
Kat Janda Baik Pahang.
3 hari lak tu...19-21hb Arghh!!! Pening!
Emak pulak nak g Johor 20hb ada kenduri kawin cucu dia a.k.a anak buah aku..
Pastu besoknya 21hb dia nak ke Langkawi pula.

Mana pulak nak letak anak2 aku ni????

Susah pula nak kata TAK BOLEH pergi..
takut dikatakan staff yg suka beri alasan..orang lain pun ada anak juga..
Bagitau kat en.suami..
Ermm ..dia pun kena outstation ke Northern tapi 2 hari je..19-20
Maknanya dia balik dulu dari aku..

Bincang dgn emak, emak setuju nak bawak anak2 g Johor
dan besoknya lepas sembahyang Jumaat en.suami balik Seremban ambik anak2.

MASALAH SELESAI.

Alhamdulillah..
Allah masih panjangkan umur orang tua ku..
Sampai sekarang pun aku masih berharap pada mereka..
Sentiasa ada bila aku perlukan..
Besarnya jasa dan pengorbanan emak dan ayah..
Tak terbalas dgn wang ringgit dan kebendaan..

Syukur pada mu Ya Allah..
BERLIAN itu masih di sisiku.

SEDAR DIRI

Sepanjang aku bekerja...aku stand alone..bekerja direct dgn bos dan tak pernah anggap staff yg jawatannya lebih rendah dari aku adalah org arahan aku. Aku malu untuk bertanya siapa staff di bawah aku sebab aku sedar jawatan aku bukanlah besar mana pun. Aku lebih suka bekerja bersama-sama dan suka guna perkataan 'TOLONG'..itupun kalau dah memang tak boleh buat sendiri. Sebab tu aku "MENYAMPAH" dgn org yang jawatannya lebih sikit dari org lain tapi suka berlagak lebih dari BOSS..kalaupun kau lebih SENIOR...pls respect sikit pada kami sebab kami juga pekerja yg di gaji sama mcm kau...

Monday, December 17, 2012

Opis baru

Dari tadi dok menggodek-godek tetapan..ingat nak ubah wajah...tapi dah tak reti pulak..lama sgt tinggal...rasa nak menulis tu ada..tapi bila tiba waktu yang sesuai semua cerita dah basi..yang kelakar dah tak kelakar..yang sedih dah tak sedih..yang marah pun dah reda marahnya..banyak diluahkan secara spontan di Facebook..itu yang cepatnya pun..

Tapi hari ni ada rasa lain sikit..
Hari ni rasa macam serba tak kena..
Perasaan tu bercampur...
Ada masanya macam nak buat tak tau..
tapi hati tetap paksa otak untuk pikir..pikir dan cari..

Until now..aku pun tak tau knp..
Cuma apa yang aku sedar..
Hari ni aku mula bertugas kat tempat baru..
Masih di bawah Pengarah yang sama..
Tapi dari tingkat 4 ke tingkat 3
Dari Rancangan Tebatan Banjir ke Bahagian Korporat
Dari jaga projek kena jaga kewangan pulak
Ni semua dah takdir..
Walaupun adalakanya cara takdir itu dilaksana, sering buat kita tak puas hati
Sering buat kita mempertikaikannya...
But at the end...kita akan sedar..itulah yang telah ditakdirkan untuk kita.

So, buka hati..
Belajar terima dan berpuas hati.
Sesungguhnya Dia adalah perancang terbaik.