Wednesday, June 29, 2011

Perginya Seorang Sahabat...

Awal pagi 29 Jun 2011, masa hantar anak-anak ke sekolah, aku dapat satu berita yang amat mengejutkan. Seorang sahabat yang pernah menjadi ketua unit aku ( selama 3 tahun ) satu masa dahulu telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Alfatihah!

Usianya masih muda sekitar 35 tahun. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Anak pertama dan kedua berusia 5 tahun dan yang bongsu baru 6 bulan. Sedih bila tengok gambar anak-anaknya di facebook tadi.



Sebagai hambanya siapa yang dapat menahan? Yang pergi sudah ditentukan takdirnya. Di sana nanti hanya urusan dia dengan Allah. Tiada lagi hubungannya dengan dunia dan musibah ini sebenarnya dugaan kepada yang hidup.


Tabahkah hati kita semua menghadapi musibah ini sekiranya berlaku kepada diri sendiri. Terfikir dan terharu seketika bila mengenangkan anak-anak yang masih belum puas bermanja. Yang belum mengerti pun apa itu kematian dan bagaimana kita yang hidup dapat jelaskan kepada sikecil tentang pemergian si ibu?


Mengingat kembali kenangan bersama arwah, hanya akan mengundang tangis..dan itu bukanlah yang terbaik untuk arwah. Tetapi aku hanya insan yang lemah dan airmata hanyalah penafsiran kepada rasa.


Semoga keluarga arwah ( Nurjannah Binti Andi Samsiar ) tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh sahabat ku itu dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, June 10, 2011

Tiga pun dah meriah, berempat lagilah...


( Tajuk itu merujuk kepada bilangan anak-anak aku, bukan berita perkahwinan Salleh Yaakob. )

Suka sangat tengok gambar ni. Cuma sayang gambarnya bergegar. Maklumlah guna hp aje, pastu main agak-agak, harap2 semua muat dalam screen.

Anak mama tiga orang ni pun dah nampak ramai kan?, akan datang tambah lagi sorang, sure mesti meriah lagi. Tak sangka dalam tujuh tahun usia perkahwinan mama dengan papa, alhamdulillah mama dikurniakan tiga orang cahaya mata. Insyallah akan bertambah lagi seorang buah cinta mama dan papa hujung tahun ni.

Mama tahu hana,hany dengan haddy pun tak sabar tunggu kelahiran baby baru kan?. Macam mana penerimaan kalian nanti, mama pun tak boleh agak. Tapi mama cukup yakin akan ada yang akan kecik hati, terasa tersisih, cemburu..even sekarang pun, masing-masing adakalanya berdengki nak dapatkan perhatian mama dengan papa.

Tapi itu lumrah,masalah2 macam tu juga buat mama dan papa belajar mengagihkan kasih sayang sama rata. Mudah-mudahan kalian tidak rasa mama dan papa pilih kasih.
Situasi semasa banyak buat kami belajar untuk pastikan anak-anak belajar untuk bongsi sesuatu, berlebih kurang dan sayang menyayangi antara adik beradik. Kalau pergaulan di antara adik beradik mesra, insyallah pergaulan dengan orang lain pun baik juga.

Bergaduh adik beradik perkara biasa dan mama tak tolak kerana bergaduh tu juga buat kalian lebih mesra. Sebab talian kasih tu ada dalam diri masing-masing. Gaduh sekejap pastu baik balik. Gaduh menjerit, melalak bercekau sana sini, tapi bila salah sorang tak ada, kejap-kejap tanya, mesti nampak lain sebab nak main tak ada kawan.

Biarlah semua itu berlaku sebagaimana lumrahnya kerana mama percaya sikit masa lagi, bila kalian dah besar..rumah itu akan sunyi semula...dan mama dan papa pasti akan rindu masa-masa ini.

Thursday, June 9, 2011

Nak Kurus Part 2

Sambung lagi..part 2 ni cerita yang tak best pulak.

Bulan 6 tahun 2010 aku dapat berita gembira. Naik pangkat. Dari J29 ke J36. Iaitu dari Penolong Jurutera naik ke Penolong Jurutera Kanan. Dan aku pun dah maklum sangat, bila naik pangkat, confirm kena tukar tempat kerja. Dari Putrajaya aku ditukarkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Maka mimpi ngeri pun bermula...jeng..jeng..jeng..

Sejak tukar tempat kerja, jadual aku totally berubah. Masa banyak betul dalam kereta. Aku kepenatan. Keluar gelap, sampai rumah pun dah gelap. Tak ada lagi senaman apatah lagi GYM.Sampai je rumah terus masak, uruskan diri sambil tunggu en.middy balik. Makan malam pastu siapkan keperluan anak dan suami untuk esok, urus rumah dan tidur. Perkara tu mula jadi rutin aku sekarang, sampai sedar tak sedar, dah dua bulan aku tak ambil pil peracang aku.

Dan dalam dua bulan tu jugalah berat aku naik 10kg. Memang sedih. Sedih sebab tak berjaya nak maintain berat. Kalau nak diikutkan, aku still control makan, tapi aku tak tolak kalau sebab-sebab kenaikan badan ni adalah kerana aku terus stop senaman dan kesan dari dah tak ambil pil perancang tu lagi. Makan apa semuanya tersimpan jadi lemak. Doktor pun nasihat kalau boleh carilah masa untuk bersenam.

Masuk bulan ketiga aku kat KL ni, berat dah cecah 83kg. Akhirnya aku ambik keputusan nak mengandung. Pada aku lebih baik aku gemok ada isi, daripada gemok saja-saja dan badan gemok sebab lemak.

Bulan 12, 17 hb, merupakan 1st day last period aku dan aku dengan sendirinya mengesahkan bahawa aku dah mengandung bila pregnancy test aku adalah positive. Anak dah tiga, tak yah buang-buang duit g klinik sebab nak sahkan mengandung je. Buang duit.

Berat aku maintain 83kg dari bulan 12 sampailah bulan 4. Maknanya sepanjang tempoh kehamilan aku berat aku tak naik. Tapi masuk jer bulan ke5 kehamilan, berat aku naik 2.5kg, so sekarang berat aku adalah 85.5kg. Dan ini adalah sejarah kehamilan aku yang paling berat. Sejarah mengandungkan ketiga-tiga anak aku yang lepas, berat yang paling berat adalah 86.00kg last timbangan sebelum masul labor room untuk melahirkan haddy. Sekarang ni baru 6 bulan, berat dah cecah 86kg.


Ini gambar hari ini. 9 Jun 2011



Risau aku dibuatnya. Selera pun makin bertambah.
Pagi nasi, lunch nasi dinner pun nasi.
Bila difikirkan memang ngeri, tapi bila time nak isi perut, ngeri kemana, diet apatah lagi?

Sekarang, aku cuma berharap supaya berat tak naik lagi dan betul-betul harap bulan Ramadhan akan datang ni dapat kawal kenaikan berat badan ni. Mudah-mudahan.Insyallah..aku betul-betul harap, aku sehat dan baby pun sehat juga.

So buat suzana jangan sedih-sedih. Orang paham perasaan jana tu, tapi buatlah benda tu sebagai pembakar semangat dan jangan putus asa, sebab cabaran yang paling besar dalam menurunkan berat badan ni adalah macam mana cara nak kekalkan berat yang dah kita capai tu. Itu sebenarnya cabaran untuk kita.

Memang jeles sangat-sangat dengan orang yang metabolismanya tinggi. Sebab tu diaorang boleh makan banyak, tapi badan tak naik. Orang jenis kita ni, makan sikit naik, makan banyak lagilah naik.

Masa proses turunkan berat badan, kita tahan nafsu, kita seksa batin dan kehendak, semuanya sebab ada sasaran. Tapi bila sasaran dah dicapai, biasanya kita akan bagi kelonggaran pada diri sendiri, contohnya..
"ala rasa sikit je"
"kalau aku tak makan pun,. bukan boleh turun sekilo pun"
"ala...bukan jumpa selalu benda nih"
"orang belanja beb, rugi tak makan"

Tak salah sebenarnya, tapi kena ingat-ingat selalu. Seksa nak turunkan berat badan ni. Hanya orang yang alami jer tau..dugaan demi dugaan. Sabar ajelah.

Aku nak kurus bukan sebab nak nampak cantik ajer, tapi aku nak kurus sebab aku nak sehat. Aku nak kurus juga sebab aku tak nak mengeluh bawak badan sendiri dan aku nak kurus sebab aku tak nak susahkan orang nanti.

Semoga aku dapat kuatkan tekad dan azam untuk berusaha kuruskan balik badan lepas aku bersalin nanti.
Dan jana, orang doakan jana dapat apa yang jana hajatkan dan semoga kita boleh berkongsi mana-mana yang baik untuk cita-cita kita ini.
Gud luck to you!

Wednesday, June 8, 2011

Kisah "AKU NAK KURUS"

Tadi ada baca blog member aku. Namanya suzana.Ceritanya pasal nak kuruskan badan.

So, tetiba aku pun rasa cam nak cerita salah satu tajuk paling penting dalam hidup aku adalah kisah NAK KURUS.

Aku ni dilahirkan dengan berat badan lebih kurang 8 paun. Lebih kurang 3.6kg. Mak aku cakap, punyalah susah nak keluarkan aku, dah lah mak aku tu tak berapa nak besar. Pulak tu sakit nak bersalin lama pulak...ermm..Anak-anak aku pun semuanya 3kg lebih juga, so aku rasa aku tau mcm mana keadaan mak aku masa tu. Harap-harap aku ni anak yang baik2, walaupun aku dah susahkan mak aku 31 tahun yg dulu. Thank you Mak!

Ok,so memandangkan berat lahir jer dah dkt 4 kg, diberi pula susu ibu dan makanan yang baik2 dari sumber yang baik2, maka aku pun terus membesar...dari kecik sampai habis sekolah, lum pernah lagi orang nak kata
" eii idut dah kurus lah" lum pernah k!

Yang biasa aku dengar
" eiii...idut ker tu? besarnya ko...dah kalah emaknye.."

tak pun ayat yang cenggini ( ni kira ayat paling kurang ajor )
" ni cik yah bagi makan nasi ker, bagi makan dedak nih?"

Masa tu aku sekolah lagi, kiranya semua orang pikir arhh..aku budak-budak lagi.
Yang diaorang tak pikir adalah...budak-budak pun ada perasaan beb, bukannya kayu!

Berat dari lahir sampailah form 5 tak pernah turun. Lagi pun masa tu berat badan bukanlah benda yang aku nak kisah sangat. Agaknya sebab aku tak der boyfriend kot. Lagipun masa tu belum tau melawa. Baju pun, baju kurung always dan kalau seluar pun, tracksuit dgn t-shirt. Maklumlah baju kurung dah tentu2 jahit ikut ukuran badan, tracksuit dan t-shirt pun jenis pakaian yang selesa-selesa...so sebab tu tak rasa susah nak cari baju. Lagipun masa tu kan belaja lagi mana ada duit.
Aku lum pernah lagi pasang angan-angan tuk pakai itu ini tapi dengan guna duit mak pak aku.

Tapi bila habis jer sekolah, aku g kerja kilang.
Bergaul dengan orang yang lebih tua.
Baru nampak dunia. Rasanya macam pandangan tu dah cukup luas,
tapi aku tak tau yang sebenarnya aku baru keluar setapak je dari dalam tempurung.
Dunia ni teramat lah luasnya..seumur hidup pun takkan mungkin habis kita jelajah.
Seumur hidup pun belum tentu kita boleh kenal manusia-manusia yang ada disekeliling kita.

Masa kerja kilang nilah, ada sedikit perubahan dalam hidup aku..
Aku mula perhatikan orang.
aku perhatikan perwatakan dan
aku perhatikan penampilan.
Dan sebagai manusia biasa aku mula meniru sikit-sikit mana yang aku berkenan.

Masa ni lah baru aku sedar, gemoknya aku.
Ada duit pun tak guna, sebab bila nak beli baju yang cantik2,
semuanya saiz kecik. Walaupun saiz yang kat leher baju tu tulis XXL,aku rasa saiz sebenarnya macam M jer..yang M lagilah kecik.Susah, memang susah sangat nak cari baju.

Itu cerita baju.
Tinggi aku 160cm.
Tang peha dan bontot adalah part yang paling menyusahkan hati aku.
Ukur lilit pinggang aku 30 inci. Tapi aku kena cari seluar bukan ikut saiz pinggang, tapi ikutlah mana-mana seluar yang boleh muat masukkan peha dan bontot aku tu. Tak cantik sangat-sangat.

Seingat aku, masa aku kahwin, adalah kemuncak badan aku yang paling gemok.
Orang bila nak kawin, jaga badan.
Aku pun cam tu juga..bukan tak risau.
Macam-macam yang aku cuba.
Teh lah, pil lah..dari yang murah sampai lah yang mahal.
Tapi,haremmm...tak berkesan langsung.

Mak risau giler takut mak andam tak ada baju saiz aku.
Mak pulak bgtau kat mak andam yang aku ni gemok gedempol agaknya masa tu, dah Mak andam tu pun risau juga.
Akhirnya mak andam yang aku tak kenal tu pun tawarkan diri nak jahitkan baju baru untuk aku.
Tapi memang koboi lah,
Mak andam cuma call aku tanya ukuran bahu berapa, dada berapa, pinggang berapa...
Sekali dah siap...erkkk! Pakai jer lah..
Bila tgk gambar kawin tu sekarang, macam tak percaya itu aku.

Lepas kawin, aku ada pasang satu niat
" lepas kawin aku nak jaga badan balik. kalau berjaya, aku harap itu hadiah untuk en.middy sebab terima aku jadi isterinya even aku gemok gedempol dan tak lawa sungguh masa tu. Hadiah juga untuk dia sebab sudi bersanding dengan aku di atas pelamin dengan keadaan aku yang sebegitu rupa".

alhamdulillah,
lepas bersalin anak pertama, berat aku turun bawah 80kg.
Tak lah kurus, tapi taklah gemok sangat.

Seterusnya aku try maintain untuk tak naik berat sehingga 80kg kalau aku tak mengandung.

Paling best sekali ( best ke? )lepas bersalin anak ketiga, berat aku naik dari 72kg ke 82kg. Tapi mujur aku jumpa member yang ada masalah berat badan lepas bersalin.
Dia lah yang ajak aku g klinik jumpa doktor.

Kalau sorang-sorang, maunya aku pergi? Mungkin tidak.
Tapi aku rasa aku bertuah juga sebab aku pergi klinik yang doktornya pun pentingkan kecantikan. ( kiranya doktornya pun jenis yang jaga badan ).
Cer bayangkan, kalau aku g mintak nasihat pasal penurunan berat badan pada doktor yang terang-terang tak jaga badan...macam mana?
Mesti doktor tu meluat jer kan tgk aku?
Silap2 dia kata aku perli dia pulak. Haahaha...

Cuma aku nak kata aku bernasib baik jumpa orang yang betul.
First, dia periksa tekanan darah, jantung dan yang berkaitan. Sejarah perubatan cthnya, sejarah penyakit keluarga senuanya dia tanya.
Dia bagi menu yang perlu aku ikut.

Dr. tu selalu bagi semangat.
Dan kawan aku tu juga sebenarnya yang membakar semagat.
Mana tidaknya, dua minggu pertama, berat aku turun dua kg sama mcm dia.
Dua minggu yang ke dua, aku turun lagi dua kg, dia pulak boleh turun lima kg.
Siapa tak tercabar beb...
Masuk dua minggu ketiga, berat aku stagnant. Tak naik tak turun.
Dr pun tanya " awak ada ambil perancang "
"ada, injection 3 bulan sekali"
"cuba awak stop dan gantikan dengan pil. saya syorkan pil Yasmin"

Aku pun try, dan sehingga genap tiga bulan, aku berjaya mencapai berat sasaran doktor iaitu 67kg. Alhamdulillah. treatment tu memang cuma tiga bulan. doktor tu tak nak kami bergantung dengan ubat terus menerus. Apa saja yang diambil berlebihan akan memudaratkan.

So cabaran adalah sangat-sangat hebat.
Tapi seumur hidup aku, itulah saat yang paling best.
Sehingga aku sedar, berat 60kg untuk aku...aku akan nampak terlalu kurus.
Masa berat aku 70kg pun aku dah tak boleh duduk atas lantai.
Inikan pulak 60kg.
So, pada pendapat aku, BMI tu sesuai untuk sesetengah org jer.

Habis treatment aku mula berjinak-jinak dengan GYM. Bukan angkat berat, cuma buat senaman yang ringan-ringan macam berbasikal, berlari, berjalan atas treadmill dan senaman naik tangga. Seminggu 3 kali,1jam setengah setiap sesi. Badan memang fit. 6 bulan aku maintain dengan rutin tu.

Baju saiz 46 terus tak leh pakai.
Beli baju saiz 40 paling besar pun 42.
Dah tak tgk dah baju saiz XL.
Baju dah tukar saiz ke L atau M ikut cutting.
Seluar saiz 36 tukar saiz 30 atau 32.

Walaupun berat aku tak cecah 65kg, tapi aku rasa dah cukup selesa.
Ada juga yang tanya, aku sakit ker? Sebab muka dah mula cengkung sikit.
Tapi tak perlah yang penting aku sehat.

Oklah tu cerita yang best...nanti aku sambung lagi cerita pasal NAK KURUS ni....yang terkini pasal berat badan aku sekarang.

Orang yang frust!

Cuti sekolah ni, anak-anak kat kampung. Seminggu pertama kat Seremban, seminggu kedua ni kat Pahang. Rehat lah sikit. Mula-mula tu cam syok jer duduk berdua dgn en.middy. Masuk malam kedua, bowing gilos..

Ni cerita masa malam pertama tinggal berdua.
Dah tinggal berdua jer, mulalah nak ngada-ngada minta dinner kat luar.

Makanya..en.middy pun, suruh aku plan nak makan apa.."ckap nak makan apa,nanti papa bawak mama g sana". Puas aku pikir nak makan apa?..tak terlintas satu pun menu makanan dalam otak aku..semuanya cam biasa-biasa jer..nasi arab, ermm tak teringin pun, lamb chop,chiken chop, ermm..tak terliur pulak..ikan bakar, ikan tiga rasa, steamboat, uishhh...

Last-last, redha jer lah..cakap dgn en.middy " bawak jer la mama gi mana2...kita tgk bomoh kedai mana paling kuat!"

Pusing satu bangi, last-last berhenti kat Wong Solo...
Masuk kedai,
duduk,
belek-belek menu,
dah tgk muka depan, tgk muka belakang,
tgk depan balik pastu tgk balik muka belakang lagi
( pelayan tu tunggu je dgn sabar sambil tangan dah siap sedia nak tulis order ni..)

Errr...kalau tak jadi makan boleh tak?
macam tak sanggup lah nak makan kat sini..
bukan tak ada duit..
tapi tak sampai hatilah...( hahaha...ni cakap dalam hati je tau..)

mana tak nya..sayur gorengnya jer dah belas-belas hengget
ikan pun cam tu juga
paling panas hati...
taugeh goreng RM7 hengget,
kangkong goreng pun mahal giler...memang tak boleh bla..

aku selalu masak taugeh, so aku tau harga taugeh tu berapa?
korang pun takkan tak tau harga taugeh berapa?
tu lah sayur yang paling murah kan?

ishk..ishk..pening pulak kepala aku tgk menu tu, nak keluar dari kedai cam tak sampai hati juga..
last-last aku ngan en.middy ambik pakej jer..
kalau tak salah pakej yang harga RM 10.90/set tu..
aku ambik pecal lele, en.middy ambik ayam penyet

Nasi putih, tempe goreng, tauhu goreng ( itupun separuh ), ikan keli goreng dgn sayur terung ( saiz 1/8) dan ulamnya sehiris kobis mentah lebar dua jari aku.
Rasa nak nangis tau jumpa makanan cam tu..
Terharu sangat..
Tuan kedai ni memang sangat-sangat pandai berniaga..Tahniah lah!

Malam tu memang sia-sia lah..
Yang syoknya cuma dapat berdua dgn en.middy jer..
makanannya, ermmm..malas lah nak komen..korang nak tau korang g lah cuba sendiri..(ni kira tolong promote ker tak ni?).

Tu yang malas nak makan kat luar tu..berlemoih sikit kat dapur pun aku sanggup..janji batin mak tak tersiksa nok!

p/s : orang yang makan taugeh tu, orang kaya tau! tak caya, pi tenpayaki tgk harga nasi dgn lauk taugeh dia berapa hengget?

Friday, June 3, 2011

SEBENARNYA , SUAMI YANG MANJAKAN ISTERI, ATAU ISTERI YANG MENGADA-MENGADA?

Datang lambat atau lepas lunch terus hilang.
Alasan : Hantar isteri g check up. ( Maklumlah mengandung anak sulong )

Tak datang kerja ( emergency leave )
Alasan : Isteri tak sihat, isteri itulah, isteri inilah..

Huhuhhuhu…sadis mu deh!
Kalu cenggini loh, ….mung kijo je lah kat ghumoh.
Tok se date’ kijo lg doh.
Kijo mung sume oghang laen tulun buak kang….apo cite.


Hallo bro…
Aku pun mengandung juga…
Dah nak masuk kali yang ke empat dah ni pun..
Tak da hal pun, boleh jer g klinik sorang-sorang,
Boleh jer naik tingkat 4 hari-hari ( biarpun cam nak putus nyawa bila sampai atas)
Benda kalau dah terpaksa, boleh jerr..
Kuat sebenarnya orang yang nak jadi ibu nih!
So,
Berhenti lah bagi alasan-alasan yang tak munasabah tu.

Suami terpaksa ambik cuti, atau tinggalkan kerja sebab
Nak “hantar”isteri pergi bla..bla..bla..
Apsal nak hantar pulak?
“wife aku tak pandai drive”
Perghhh…tetiba panas je hati dengar alasan tuh…

Alooo…tak pandai kena belajar lah..
Belajar memandu ni bukannya utk jangkamasa pendek..
Tapi untuk jangkamasa panjang
Bukan untuk orang lain
Tapi untuk diri sendiri juga..
Zaman dah maju bro…pikirlah cam orang maju juga…
Isteri ni kalau kau tak dipaksa
Alamatnya sampai bila pun tak mau cuba..

Tapi bila dah terpaksa…
Boleh jer pun…
Pandai jer pun…
Suami kat sini kena sokong isteri buat,
Bukan sokong untuk tak buat…

Orang lain pun ada isteri juga.
Isteri ni, kalau dah kau manjakan sangat-sangat…
Memang suka sangat-sangatlah dia tu.
Tapi kalau kau bincang baik-baik dan
Letakkan ‘ peri kemanjaan’ kau tu betul pada tempat dan waktunya…
Aku rasa isteri akan faham.

Tak payahlah nak manja-manjakan sangat.
“kalau nak ajar isteri tu berdikari,
Sekarang lah, masanya”.

Bukan bila anak dah dua tiga orang atau
Bila kau dah penat nak melayan nanti
Baru nak suruh isteri buat semuanya sendiri.
Tak pasal-pasal isteri kau tuduh yang kau dah ada pengganti.
Mula lah keluar statement
“ ai yang, dulu boleh jerrr..apsal skrg tak boleh pulak?”

isteri pun kenalah persiapkan diri
Jangan lah jadi manusia yang terlalu “eleh”.
Bak kata kump. Jambu dari maharajalawak
“ apa pun tak bleh ”
mengandung ni biasalah..mabok2, tak larat bangun,
Tapi tak lah sampai 9 bulan.
Kalau ada yang macam tu, mungkin 1 dari 1000.
Kalau ada yang mcm tu pun, confirm tak duduk rumah dah.
Confirm dah berkampung kat spital punya.
Tapi kalau boleh g kerja,
Boleh g shopping,
Boleh makan,
Kira ok la tu…
tak lah tenat sangat.

isteri pun kadang-kadang suka nak ambik kesempatan..
Sometime dah siap-siap set mind tu - bukan set untuk diri sendir jer, tapi tolong setkan utk member2 juga.. ( tak bleh bla..)

“ uihs.. Kalau aku tunjuk aku bleh buat, kang dia lepas tangan pulak”

parak lah kalau cam tu..weh

Isteri kena kenal pasti lah,
Mana yang patut kita buat sendiri, kita buatlah sendiri…
Mana yang perlu minta bantuan suami, baru mintak…
Suami pun nak jadi orang yang berguna juga…
Tapi suami tak suka di guna-guna..

Sama lah juga macam isteri.
Ce bayangkan kalau suami buat semua kerja isteri..
Untungkan?

nanti orang pun puji cenggini..

“uish..sayangnya hubby kau kat kau ek, untunggggg kau dapat dia”.
tapi untung tu nampak bila sekali pandang jer..
Sebenarnya akan lebih banyak keji dari puji.
Tak caya?

Cer pandang dua kali, pastu ce r pikir banyak kali …

Tak ker perbuatan suami yang membuat semua kerja isterinya akan
Membayangkan yang cam gini? ( dalam kes masyarakat kita hari ini)

“semuanya laki dia yang buat, dia tu buat apa”
Atau
“bini dia tu tak boleh harap lah, semua suami dia yang buat”
Atau
“eleh, laki dia tu sebenarnya bukan rajin sangat pun,
Ater dah bini nya tak buat, biar dia sendiri lah yang buat”

hah kan? Dah kata dah…

So, kalau masing-masing tau yang mana boleh buat sendiri,
Yang mana perlu minta tolong,aku rasa tak timbul soal

“laki kau tu tak guna betul “
Atau
“isteri kau tu tak leh harap lah!”

Tapi, kan sangat-sangat syok bila dengar orang kata..

“ bertuahnya kau dapat isteri macam dia”
Atau
“untung kau dapat suami macam dia kan?

Aku membebel ni bukannya apa..
Ada kejadian atau ada kisah sebenarnya
Yang berlaku di kalangan kawan2 disekeliling aku ni,
Kerana manjakan isteri ( tak pasti juga samada dia yang
Manjakan sangat isterinya atau isterinya yang tak tau berdikari atau dia sendiri yang ambil kesempatan ke atas sesuatu yang boleh dijadikan alasan ) sampai menjejaskan kerja dan kawan-kawan hilang respect erhadap dirinya.

Isteri awak mengandung, kawan-kawan tumpang gembira..
Tapi bila awak sampai selalu menggunakan situasi itu sebagai alasan hingga kerja awak terjejas, kawan-kawan pun malas nak tanya-tanya pasal isteri ataupun pasal baby tu..
Dan tolonglah jgn bagi alasan yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi kepada orang yang dah melalui semua pengalaman itu. Memang silap besar!