Friday, January 30, 2009

Saja nak cerita pasal..

CERMIN MATA

Rehat tadi gi jenjalan kat TESCO. Ingat nak tempah cermin mata. Kalau boleh nak cari yang murah-murah jerr...tapi mata still berminat nak tengok yang ada nama juga. Tapi nak yang murah...boleh gitu? Bukannya apa, cermin mata ni kan duduknya diantara tempat yang paling tinggi lagi pulak disitulah point utama orang melihat kita. Bukankah dari mata turun ke hati?...wakakakaa...best tul alasan aku nikan?

Inilah cermin mata aku masa aku jadi student dulu..skema. Al maklumlah beli pakai duit mak bapak..

"En. Middy sayang, boleh tak belanja isterimu ini sepasang cermin mata...untuk kegunaan harian, untuk melihat di jalanan ketika pergi dan pulang dari kerja supaya isterimu ini selamt pergi dan selamat kembali..dan untuk kita sama-sama membaca subtitle ketika menonton movie di HBO, Star Movies, Cinemax dan bla bla bla...cermin mata mama sudah hilang dan tak sanggup rasanya hendak membela contact lense lagi..Bukankah isterimu ini sangat rajin orangnya...


Mata yang cantik tapi tidak dapat melihat, apa la gunanya...

Tidaklah mahal mana...buruk2 Bonia yang mama tengok tadi after less RM 200 + RM150 untuk lens nya. Hitung panjang + pendek, apa kata papa support RM 500 untuk mama. ( Bukankah 200+150 = 350 ? Kenapa boleh jadi 500 pulak ni? Compius lah. Patutlah matematik aku dapat 6)

Heheh bukannya apa, manalah tau, hati ini berubah pula nanti...dari Bonia, tukar la pulak jadi Emporio ke, Esprit ke, Guess ke dan yang lagi best Gucci..wakakaka...


Tapi tidak apalah jikalau papa tidak sanggup melayan kehendak mama ini...mama sedikit pun tidak berkecil hati...kerana jenama itu hanyalah kehendak dan bukannya keperluan....yang mama perlukan hanya sepasang cermin mata.

Betul2 depan kedai cermin mata ada satu stall yang jual ubat-ubat tradisional, aku nampak satu ubat ala-ala eyemore yang dikatakan mampu merawat rabun jauh dan dekat juga menghilangkan katarak mata.

Try ajalah...apa salahnya mencuba..tak cuba tak tau. Kalau elok nanti aku bagitau. Aku betul-betul dah malas nak layan rabun ni..

dan selalunya inilah bahan aku cuci mata hari-hari tatkala penat nengok PC aku ni..

MUFFIN


Saja jer beli muffin ni. Nak rasa muffin yang orang buat pulak...Nampaknya aku tak berapa suka rasanya...mungkin kerana rasa bikabonat atau serbuk penaik yang ada dalam muffin ni kot?...makan satu pun dah muak.

SANDAL


Hah ini lah sandal dan kasut aku yang aku dok lenjan hari-hari. Biasanya kalau tak ada meeting, bersandal jerlah aku kat opis ni..

Sebenarnya...saja nak tunjuk, yang sandal aku tu dah wajib diganti...sebab..

dia dah tenat gilerr dan hampir-hampir putus nyawa...

Tak per..tak per..Hampeh!


Lepas hari raya puasa, hari tu...berat badan ni mencanak-canak naiknya...selera bukan main baik bercambah biak dengan suburnya...melihat akan nasi, membuak-buak akan selera itu juga..(ceh macam bahasa purbakala pula )..Maka niat untuk menguruskan badan walau sekilo sebulan adanya masih kekal dihati, masih berpaut pada cebisan semangat yang tinggal..namun mampukah aku melaksanakannya. Bulan pertama tahun ini, bukan sekilo yang hilang tapi sekilo pula yang muncul..hwa hwa hwa....

Semangat minggu baru selepas CNY aku beli roti untuk sarapan dan lunch. Itu niat di hati...tapi diet ker aper, bukan sekeping yang aku makan tapi...lu pikirlah sendiri bila mana aku memakan roti itu sehingga kenyang adanya...wakakakaka...

Diet la sangat.....roti sebuku tahan cuma tiga hari...kakakakakkakah!

Tak per, tak per, papa..minggu depan kita start diet lagi yer....

Hik hik hik tempoyak oh tempoyak kenapa aku buat tempoyak banyak-banyak? Alangkah enaknya menu kita malam tadi kan papa? Nasi panas, ikan keli goreng, sayur rebus dan sambal tempoyak..

Tak per, tak per...next week kita kita start diet yer papa...

Tapi kenapa next week? Pasal aku ada stok kepala ikan merah dalam peti ais. Alangkah enak kalau dimasak kari. Buat lagi sambal tempoyak, memang sedap. So biar aku habiskan stok dalam peti ais aku tu dulu...wakakakaka...

Hampeh la kau idut!

SUSPEN...

LAYAN JER GAMBAR HANY YANG TENGOK CERITA PUAKA NIYANG RAPIK semalam.




KASUT

On the way pergi Melaka, aku borak dengan papa. Cerita pasal anak-anak. Kadang-kadang, kita suka janji dengan anak semata-mata nak pujuk dia. Tapi kadang-kadang kita lupa nak tunaikan. Hari tu aku janji nak belikan Hana kasut. Tapi sampai la ni tak beli-beli. Sometime g beli barang tu ada jugak cari kasut dia. Tapi hati ini tak berkenan. Kalau adapun takut hana tak muat. Tapi nak bawak anak-anak keluar, kena ada masa yang sesuai, masa aku dan masa en.middy.

Tak perlah balik dari Melaka nanti kita g cari kasut Hana...-En.Middy

Malam tu kami pergi JUSCO Equine. Masuk jer JUSCO nampak seseorang yang aku agak aku kenal. Tapi tak pasti sangat. Tengok lagi, baru confirm....si Muni rupanya.
Sempat si Muni bagitau yang dia dah baca blog aku. Dan sempat juga dia bertanya..."apa yang kurang tu idut"? Aku dengan selambabnya pun jawab " bulu yang dah kurang".

Tapi bila sampai rumah, dan dok pikir balik ayat aku tu, macam tak betullah pulak!
Ok la Muni, yang kurang tu bulu kening....bulu kening yang lebat itu dimana? Itu yang membezakan Munirah kami dengan munirah yang lain...bukankah itu tredmark si muni? apa-apa pun, jangan ambik hati...aku pun maklum, si Muni kan pengantin baru...hehehehe.

So cari rumah cepat2 nanti bolehlah berjiran kita...si zulie pun bakal-bakal penduduk kinrara...maka tidak jauh lah kita...

Bebalik cerita kasut hana...( gambar upload kemudian...usb cable lupa letak mana daa)

Naik tingkat atas, terus nampak kedai kasut Bata. Masuk jerr la..
Hana terus berkenan dengan kasut pink ni...murah jerr RM 15.00 hany pulak, aku dan en.middy berkenan dengan kasut colour kuning. ..tu. Hana ngan hany suker gile dapat kasut memasing.

Actually budak-budak bukan kisah sangat jenama apa..yang penting, mak bapak tak ajar pilih jenama, hidup tu insyallah mudah esok hari...budak kalau dah diajar pilih jenama, mak ngan bapak kena siapkan duitnyer jerlah...time senang bolehlah, tiba time susah besok..tak menyengih kita. Dia nak kasut kita belikan kasut...jenama apa tok sah nak gaduh.

Tapi aku selalu cuba ajar anak untuk bezakan mahal dan murah. Rasanya dia paham. Bila aku kata mahal, maknanya aku tak akan beli..atau aku akan kata kita beli "nanti". Nanti itu supaya dia faham bukan senang nak dapatkan sesuatu. Alhamdulillah, buat masa ini Hana kalau aku kata mahal, dia faham dan tak banyak songeh. Biarlah orang nak kata aku kedekut ker, tak stylo ker...yang penting aku tak suka buang duit cara macam tu.

Masa sekarang lah dia nak pakai apa sahajerr tanpa ada kekangan branded. Dah besar besok, secara natural dia akan membentuk dirinya sendiri. Dah pegang duit sendiri baru cipta trademark dan branded sendiri yer sayang...

Wednesday, January 28, 2009

Kisah Percutian Kami

Salam semua...,

Berat sungguh nak mula mengupdate blog ini...selalunya begitulah. Tapi bila jari sudah menari....ermmm..

So, Macam mana cuti tahun baru cina? Apa program? Takkan duduk rumah empat hari tu....
Seperti kebiasaanya...setiap tahun aku mesti bercuti. Tak kisahlah, dekat atau jauh...en.middy mesti cari satu masa untuk kami sekeluarga pergi bercuti. Dan yang seronoknya kami tak pernah pergi becuti sendiri-sendiri. Mesti bawak emak, ayah, mertua, adik beradik sert ipar duai..baru meriah. Banyak sikit idea merapu...

Sebelum projek baru nak start, en.middy ajak g bercuti. Lepas ni kalau projek dah mula...tak tau bila boleh bercuti...silap2 tunggu tahun depan lah pulak...Kebetulan raya cina cuti empat hari...kami putuskan untuk ambik hari itu sebagai hari istirehat sekeluaraga. Ke mana?

PULAU PANGKOR.

Malangnya keputusan dicapai hampir dengan tarikh cuti..makanya amat payah nak dapatkan apartment atau hotel capacity family untuk disewa. Cari punya cari akhirnya dapat juga..apartment tiga bilik ala-ala pent house di Pangkor Puteri Resort Pantai Bogak http://pangkorputeri.net/index.html..almaklum peak season..terimalah hakikat ongkosnya yang menjerut leher...tapi nak buat macamana? salah sendiri...apa-apa pun, dah pergi ramai-ramai...ramai-ramailah keluar belanja. Makanya yang terjerut tadi sudah merasa legaaaa....

HARI SABTU
24 HB JANUARI 2009
JAM 11 PAGI

Bertolak dari rumah lebih kurang jam 11. Planning asal kul 10 nak bertolak...tapi biasalah..'melayu lama' kui kui kui..

Kami lalu jalan lama..sampai kat kuala selangor jalan jem la pulak...jem sebab ada kenduri kawin. Alang-lang dah nak masuk waktu zuhur, en.middy ambik keputusan untuk masuk kawasan masjid. Daripada nak layan jem yang teruk tu..baik solat zuhur dulu. Sambil tu boleh rehat-rehat sekejap. Hari pun bukan main panas lagi ni..

Selesai semuanya bersolat...lebih kurang kul 2.15 petang, kami meneruskan perjalanan...
walaupun gambar ni kabur...tetap nak publishkan juga..sebab bukan senang nak dapat gambar hany senyum..

see..dia tak mau pandang camera.

Pemandangan yang mempersonakan....kalau lalu highway, mesti tak nampak kebun kelapa


Sawah padi...padi tunggu masa untuk dituai..dari jauh nampak menguning. Cantik sungguh!


Lebih kurang jam 4.30 petang, kami sampai kat Lumut. Perjalanan yang agak meletihkan. Kereta banyak sungguh. Semuanya macam nak bercuti ke Pangkor juga..

Sampai jer Lumut ni, apa-apa hal..kami cari tempat lepak. Buka bekalan..dan makan. Makan nyer makan..sampai lupa nak abik gambar..tapi gambar tuan punya blog harus tak boleh lupa. Layankan jer lah yerr..


Haruss...


Lepas makan, para penumpang diturunkan kat jeti bersama-sama dengan muatan. Manakala para pemadu pergi cari parking kereta..




Bawak baby trevelling jauh-jauh ni memang kesian. kalau yang dah pandai jalan ok kot? Yang letihnya baby yang nak sentiasa dipegang. Duduk, belum tegap lagi...tapi jenis yang tak reti duduk diam. Kita pegang-pegang dia...badan baby dah tentu sakit-sakit, kita yang dah tua ni tak duduk diam dalam kereta dok layan dia pun jadi sakit juga...tapi kalau nak pikir semua tu..alamatnya tak berjalan lah kita..


Lagi satu yang payahnya bawak baby ni...bab makan. Nak cari bubur payah yang amat...bila bagi makanan kita, banyak manalah dia nak makan...so, harapkan susu jer lah..


Ini yang seronoknya bila pergi ramai-ramai...ramai lah yang boleh tolong tengok-tengokkan anak aku...


Nenek dengan haddy..tengah tunggu feri kat jeti..


Mama dan hana yang tak lepaskan peluang berposing dalam feri..first experiance for hana

Harussss....bergaya

Kami sampai Pulau Pangkor hampir jam 7 malam. Terus check in. Malam ni kami makan lebihan bekal yang kami bawak siang tadi. Nasib baik nasinya masih banyak dan panas. Lauk pauk pun masih cukup untuk kami yang ramai ini. Nak cari makanan agak susah juga kat sini. Kedainya tutup agak awal hari ini. mungkin pelancong belum ramai hari ini. Besok tak tau la pulak keadaannya..Lepas makan, lepak-lepak, borak-borak kami pun tidur....zzzzzz

AHAD 25 JANUARI 2008

PROGRAM : PUSING2 PULAU DENGAN BOT DAN

MANDI MANDA DI PULAU GIAM



PULAU GIAM


Pepagi lagi ngah dah kuar beli nasi lemak. Lepas sarapan, kami bersiap-siap untuk aktiviti bebas sementara yang hero-heronya nak deal untuk sewa bot.


Apalagi...kita masuk kedai lah...aku belikan hana dan hany swimming suit. Kebetulan pulak dalam kedai tu ada jual sunglasses maka en.middy pun belikanlah untuk anak-anak daranya itu...Seperti biasa biar anak-anak pilih apa yang dia suka. Kemudian, tunjukkan juga apa yang kita suka dan mintak anak-anak pilih. Kalau dia tetap suka denga pilihan dia, so biarkan jer lah...itulah kebebasan. Tapi ada satu babak yang aku tak leh lupa masa nak beli sunglasses ni...

Mama : Hana, ambik la yang colour hijau ni...
Hana : Tak nakk...hana nak yang warna merah ni...kasut hana kan warna merah...
Mama : Oooo..owhk..( terkedu aku sekejap! )

3 orang sales girl yang kerumun kitaorang waktu tu pakat gelak...siapa yang sangka jawapan tu yang keluar dari mulut budak umur 4 tahun?...baru nak masuk 4 tahun, tapi dah pandai nak matching2...


Lepas beli sunglasses, cari pulak t-shirt ngan seluar pendek En. Middy.


See..pada aku cermin mata tu tak cantik, tapi dah hana suka...tak apalah. janji hana happy.


siap dengan safety jacketnya..


ishk...tunggu apa lagi ni?...bosan tul lah! ( kuning pilihan hany)

"ishk! Cepat lah! Hany dah tak sabar nak mandi laut ni... "

Tengah tunggu bot dan tunggu cik epis yang beli burger untuk makanan kami di tengah pulau itu nanti.

Punyalah lama nunggu burger siap, akhirnya kul 1 juga lah kami naik bot. Time ni cuaca redup ajer...


15. Muka berani takut
16. Suka..bot ni laju...tengok rambut anak2 aku..

Berlatar belakangkan PANGKOR LAUT yang teramat cantik...dan teramat mahal...milik Mahathir dan YTL ( kata pemandu bot kami itu ) kalau nak tau harga untuk semalam paling murah pun...300++ tapi bukan dalam RM tapi dalam USD dan bilik yang paling mahal boleh mencecah puluhan ribu ringgit untuk semalam pun ada..menurut pemandu bot kami lagi, nasi gorengnya boleh mencecah sampai RM 50 sepinggan..nak masuk kawasan resort sahaja anda perlu membayar Rm 200 sekepala.....Oh tidak!!!!

Setakat nak berehat, walaupun aku kaya satu hari nanti...tidak akan aku buang duit aku kesitu...kecuali semuanya ditaja...kuikuiikui...untuk maklumat lanjut dan yang lebih tepat sila layari laman webnya ini. http://www.pangkorlautresort.com/index.htm semua pernyataan yang aku tulis diatas adalah maklumat dari pemandu bot kami...waallahualam...

Aktiviti utama datang ke pulau ini..tak lain dan tak bukan...sudah tentunya nak mandi...

Tengah siok2 mandi...hujan la pulak...kesian anak bujang aku. Sorry haddy..mama tak sangka nak hujan la pulak. So, mama tak bawak payung. Nasib baik mama nyer otak boleh pikir something untuk tutup kepala tu...cute kan?


Lepas hujan teduh, alang-alang dah basah, papa bawak haddy mandi laut...

Hana dan hany paling happy. Walaupun gigi dah berlaga-laga kesejukkan...tetap nak berendam.
Tak bohong, pantai kat pulau ni landai dan bersih. memang cantik dan sesuai untuk anak-anak mandi. Ombak pun tak kuat sangat pasal kedudukannya terapit diantara pulau.


Pose istimewa kami berdua...

Secara ringkasnya..memang happening cuma yang tak seronoknya bila hujan...kami rancang nak balik pukul 5, tapi disebabkan hujan mula turun semula...makanya jam 4 petang kamii mula meninggalkan Pulau Giam...

Balik dari pulau, semua membilaskan badan denga air tawar...dan keletihan yang amat sangat itu membuatkan semuanya ketiduran di petang yang sejuk itu. Di luar hujan turun denga lebatnya....

MALAM..

Ketika kami keluar dari hotel untuk mencari van sewaan, punyalah ramai manusia di dalam pulau ini yang sama-sama bercuti dengan kami....dan peluang ini diambil para pengusaha van untuk up harga. Satu trip mereka charge Rm20. Pergi balik RM 40. Apa-apa pun kami sudah tidak mempunyai pilihan. Nasib baik mak dan bapak mertua aku tak nak ikut sama..penat katanya...so, kami berpakat untuk sanggup berhimpit dalam satu van. So, dapatlah kami jimat RM40 untuk malam itu...Kami menuju ke Pantai Teluk Nipah untuk makan.

Disini adalah perkampungan melayu....memang ramai giler orang. Kami teraksa tunggu turn untuk dapatkan meja kosong. Nasib kami baik sebab tak tunggu terlalu lama.

En. Middy, Ngah dan Uda yang pilih menu. Ikan bawal Emas Bakar dan Ikan Merah masak tiga rasa...seekor ikan harganya lebih kurang RM 35. Kami pilih 4 ekor ikan...dan supaya tidak ada yang akan jadi panglima perang di kedai makan, makanya kami tak order banyak-banyak menu..






So, habis cerita untuk hari kedua kami kat sini....


ISNIN 26 JANUARI 2009

CHECK OUT...


Jam 10.30 pagi, kami bersiap-siap nak check out...actually malam tadi dah siap packing barang. Yang tak masuk lagi cuma baju tidur malam tadi jerr...


Tunggu papa gi pulang kunci dan tunggu van datang bawa kami ke jeti.

Dari jauh, nampak papa dengan anak dara mama...dalam hati berdetik juga..."dah besar anak dara aku"..

bergaya dengan cermin mata hitamnya..

Pukul 12 tengah hari kami bertolak meninggalkan Pulau Pangkor...apapun yang telah berlaku di pulau ini...samada yang seronok ataupun tidak, secara sedar atau tidak, kami telahpun mencipta kenangan.

Pukul 1 tengahari kami sambung jalan dari kedai ke kedai lagi di Pekan Lumut yang terlalu ramai oarang itu. Aku tak beli apa2 pun..kehendak yang tidak berapa nak bernafsu kali ini. Lebih mencari keperluan...

Keluar dari Pekan Lumut, kami singgah ke kedai makanan laut. Hah! kat sini aku membeli. Beli ikan bilis, udang kering, sotong kering, keropok ikan dan sikit jajan buat ngoyel-ngoyel masa tengok tv nanti.

Selepas itu kami pun berpecah..


Sawah padi yang memukau pandangan. Aku berhenti sekejap kat tepi jalan. Suasana selepas hujan. Sejuk gilerr...angin agak kuat waktu ini.

Aku nampak kawanan bangau terbang menuju ke mana aku pun taktau...berkilau2 bulu bangau tu..dan sesunguhnya memang cantik ciptaan tuhan itu. Dalam gambar ni tak nampak sangat ...

Sungai perak.

See..ada pelangi. Kebetulan pulak snap gambar ni betul2 depan stesen hidrologi JPS....Errmm mentang-mentanglah aku staff JPS..

Sampai Tanjung Karang, kami berhenti isi minyak. Ngah call, ajak ngeteh kat kuala selangor. So, kita minum dulu!


Hany yang tak reti duduk diam...ada jer kerjanya..layan jerlah gambar ni..



Dengan sepupunya...Aulia





Jam 6.30 petang, kami meneruskan perjalanan pulang....actually aku akan terus ke Melaka. Ada kenduri. Dan cerita percutian aku kat Pulau Pangkor ini tamat sampai disni.


"Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Mu Tuhan kerana memelihara kami sekelurga semasa perjalanan pergi, semasa disana dan semasa perjalanan balik. Aku bersyukur kerana tidak ada yang tidak baik berlaku kepada kami sekeluarga. Semoga kami terus diberi kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan lagi rezeki kami pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang dan semoga kami diberi kan lagi kesempatan utuk bersama-sama sekali lagi dimasa-masa yang akan datang dan semoga ikatan kekeluargaan bertambah erat dan dilimpahi kasih sayang. Aku bersyukur ke hadrat mu Ya Allah diatas diatas segala kurniaan Mu dalam apa jua bentuk sekalipun dan aku mohon keredhaan mu diatas segala kurniaan mu itu. Amin Ya Rabbil Allamin..."